Nurul Aisyah Humaira bt mazlan
14021146/065
Dalam dunia
yang serba moden ini masih ada lagi manusia yang masih mengikut telunjuk si
penipu. Sudah sedia tahu si dia si penipu masih mahu mengikut telunjuknya,dan masih sedia diberi perintah.
Siapakah si
dia yang di maksudkan?
Surah
Annisa’ ayat 120
“Syaitan sentiasa menjanjikan mereka dengan janji-janji indah serta
memperdayakan dengan angan-angan kosong. Dan apa yang dijanjikan oleh syaitan
itu tidak lain hanyalah tipu daya.”
Berdasarkan
ayat Surah Annisa ayat 120, Ia menunjukkan bahawa si penipu yang saya maksudkan
disini adalah syaitan.
Syaitan adalah si penipu yang paling
dikenali keburukannya namun masih ada yang tertipu dengan segala muslihatnya.
Si penipu ini sangat licik dan terlalu banyak perancangan yang diaturnya agar
anak adam ikut bersamanya ke Neraka. Syaitan telah berjanji dengan Allah s.w.t untuk
menyesatkan anak Adam hingga hari akhirat serta membawa mereka sesat
bersama-sama.
Berdasarkan Surah al-Hijr, ayat 39: “Iblis berkata, Wahai Tuhanku!
kerana Engkau menjadikan aku sesat, (maka) sesungguhnya aku akan memperelokkan
segal jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan
menyesatkan mereka semua.”
Allah s.w.t
telah memberi peringatan kepada hambanya dengan segala jenis peringatan, namun
manusia sering alpa dalam perbuatan mereka, terus hanyut dalam kemanisan dunia
yang tiada berpenghujung. Manusia sering lupa dengan pencipta yang mencipta
mereka. Semuanya bermula dengan kekuatan iman, jika kuat Iman seseoranmg itu
maka dia tidak akan mudah untuk terpedaya dengan tipu daya Iblis.
Surah Yassin , ayat 60-ayat 62
“Bukankah Aku perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan
menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu, “Dan aku
perintahkan, hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus.” Dan
Sesungguhnya syaitan itu menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu.
selepas kamu mengetahui akibat mereka, maka tidaklah sepatutnya kamu berfikir
dan insaf?
Ayat Surah yassin
ini jelas menunjukkan bahawa Allah s.w.t telah memberi perin gatan kepada
manusia tentang tipu jahat syaitan, namun masih ada yang mahu mengikut telunjuk
syaitan yang di laknat ini. Mereka terlalu ikutkan hawa nafsu yang terlalu
rakus dengan segala kenikmatan dunia. Syaitan memang mempunyai seribu sati strategi
dalam menyesatkan anak Adam, dari sudut yang baik hinggalah kesudut yang jahat.
Dari sebab itu, manusia harusslah bangkit dan terus sedar dari lamunan tidur
yang panjang, yang mana penuh dengan hasutan iblis.
Wahai Anak
Adam,
Kau diciptakan sebaik-baik ciptaan,
Kau di beri nikmat tanpa diminta balasan,
Setiap gerak geri tubuhmu itu penuh dengan segala nikmatnya,
Namun mengapa kau melupakan-Nya?
Kau diciptakan sebaik-baik ciptaan,
Kau di beri nikmat tanpa diminta balasan,
Setiap gerak geri tubuhmu itu penuh dengan segala nikmatnya,
Namun mengapa kau melupakan-Nya?
Nikmat?
Apa yang kau tahu tentang nikmat,
Bagaimana caranya kau menghargai nikmat?
Adakah nikmat maksiat yang kau hargai?
Atau nikmat Keimanan yang kau jalani?
Apa yang kau tahu tentang nikmat,
Bagaimana caranya kau menghargai nikmat?
Adakah nikmat maksiat yang kau hargai?
Atau nikmat Keimanan yang kau jalani?
Syaitan,
Adakah kau pengikutnya?
Adakah kau sedar bahawa kau didalam genggamannya?
Kau tahu segala tipu muslihatnya,
Tapi tanpa kau sedar kau hanyut bersamanya,
Namun ada juga yang mengikutinya,
kerana terlalu asyik dengan nikmat maksiat yang diperolehi mereka
Adakah kau pengikutnya?
Adakah kau sedar bahawa kau didalam genggamannya?
Kau tahu segala tipu muslihatnya,
Tapi tanpa kau sedar kau hanyut bersamanya,
Namun ada juga yang mengikutinya,
kerana terlalu asyik dengan nikmat maksiat yang diperolehi mereka
Wahai Anak
adam,
Bangunlah,
Bangkitlah,
Sedar lah dari lamunan mimpimu,
Jangan kau ikut sipenipu,
Jangan kau sertai si penipu,
Lari sejauh mungkin dari si penipu,
Larilah kearah keredhoan Allah,
Sambutlah cinta Allah,
Agar kau hanyut dalam Cinta Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tiada penhujung
Bangunlah,
Bangkitlah,
Sedar lah dari lamunan mimpimu,
Jangan kau ikut sipenipu,
Jangan kau sertai si penipu,
Lari sejauh mungkin dari si penipu,
Larilah kearah keredhoan Allah,
Sambutlah cinta Allah,
Agar kau hanyut dalam Cinta Allah yang penuh dengan kenikmatan yang tiada penhujung
No comments:
Post a Comment