Nama: Nurul
Aisyah Humaira Binti Mazlan
No Matrik: 14021146/ 065
Kota Metropolitan,
Cantik di pandang,
Megah tersergam,
Di hiasi lampu yang mengilau pandang,
Hanya kegembiraan yang terlihat,
Hanya keseronokan yang terpampar,
Manusia dilimpahi dengan kemewahan,
Manusia dilimpahi dengan kemodenan,
Dalam mengejar kenikmatan ini, adakah kita sedar,
masih wujudkah mereka yang memerlukan?
Tanya pada hati,
Tanya pada diri,
Tanya pada mata yang memandang,
Masih wujudkah mereka ini?
Saat kita sibuk mengejar kemewahan dunia, adakah kita sedar akan
insan-insan yang memerlukan ini? Mereka berjuang dalam meneruskan hidup, kita
hanya menikmati hari-hari yang bakal tiba esok.
Mereka yang saya maksudkan disini ialah para gelandangan, golongan ini terdiri
dari pelbagai peringkat usia, bermula dari yang masih bayi hinggalah yang
berusia mereka ini termasuklah anak yatim, anak terbuang dan orang miskin.
Mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, tempat tinggal mereka
hanyalah di jalanan. Golongan ini terlalu ramai untuk dihitung, yang dapat
dilihat hanya segelintir, mereka sangat memerlukan bantuan untuk terus hidup di
dunia ini. Kemodenan yang kita kecapi hanya gambaran yang menipu, ini kerana
hakikat kehidupan yang kita lalui bukan sepereti yang kita lihat.
So, Be a Hero!
Untungnya menjadi superhero gelandangan. Apa tidaknya, selain dapat
membantu mereka yang memerlukan kita juga turut memperolehi manfaat di akhirat
kelak, Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w:
“Sesiapa yang mengambil anak yatim untuk makan dan minum bersamanya,
maka Allah pasti memasukkannya kedalam syurga. Melainkan jika dia pernah dia
pernah melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” - Riwayat at-Tirmizi-
“Rasulullah
s.a.w bersabda lagi: “Jangan engkau tahan hartamu (tidak bersedekah) sebab
dengan itu Allah akan menahan rezekimu” -Riwayat al-Bukhari-
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Orang yang bekerja untuk memberi nafkah kepada ibu tunggal dan
orang miskin seperti mujahid dijalan Allah.” Sabdanya lagi: “seperti orang yang
terus melakukan solat tanpa henti dan puasa tanpa berbuka.” –Riwayat al-Bukhari
dan Muslim-
Banyak
kelebihan yang akan di perolehi jika kita membantu mereka yang memerlukan, jika
kita tidak mampu membantu dengan kuantiti yang banyak, cukuplah yang sedikit. Mungkin
kita merasa yangianya hanya pemberian yang sedikit, tetapi bagi mereka ini ia
adalah satu bantuan yang amat berharga serta cukup bernilai untuk mereka. Jadi,
Be a Hero!
No comments:
Post a Comment