Tuesday, March 7, 2017

USIA MUDA DAN HIBURAN

NURUL HUDA JAANAH BT ISMAIL
014

Generasi muda mungkin akan tertanya-tanya “Adakah usia muda ini hanya wajar dilalui dengan ibadah dan amal kebaikan sahaja tanpa kami diberi peluang untuk berhibur dan bergembira? Alangkah bosannya kehidupan seandainya begitu ”

Sebagai jawapan , di sini saya nukilkan kata-kata mutiara daripada Badiuzzaman dalam Risalah an-Nur : “ Jika anda menginginkan kelazatan , keseronokan , kebahagian dan kesenangan dunia , berpuas hatilah dengan keseronokan dalam lingkungan syariat. Itu adalah cukup untuk keseronokan anda.Orang yang menginginkan kegembiraan abadi dan berterusan di dunia dan akhirat perlu menjadikan tarbiah Muhammad SAW yang berada dalam linkungan keimanan sebagai pedoman kepada diri sendiri.”

Alasan  bagi kenyataan di atas adalah bahawa tarbiah baginda tidak pernah menyekat naluri fitrah manusia , tetapi menyalurkannya pada jalan yang diredhai ilahi. Terlalu banyak kisah daripada hadis dan catatan sejarah bahawa islam amat meraikan fitnah manusia.Namun yang lebih baiknya ialah islam menetapkan garis panduan dan batasan dalam berhibur dan bersuka ria agar hiburan dan kegembiraan itu membuahkan pahala dan tidak menjadi tiket ke neraka. Untuk penjelasan yang lebih terperinci, kita boleh merujuk kepada karya-karya yang dikarang khusus untuk menjelaskannya.

Memang ternyata bahawa keseronokan dalam daerah yang halal adalah lebih luas berbanding dengan yang haram. Di sisi syarak , terdapat lima hukum utama bagi mewajarkan sesuatu perbuatan iaitu wajib , sunat , harus , makruh dan haram . Jika kita perhatikan , nisbah perkara yang dihalalkan ialah 4/5 manakala yang diharamkan hanyalah 1/5. Dengan kata lain, semua perkara yang diketogorikan sebagai wajib , sunat , harus  hatta makruh sekalipun masih dikira dalam linkungan perkara yang dihalalka. Mengapa kita harus mencari yang haram sekiranya yang halal itu empat kali ganda lebih luas.

Sebagaimana kata Badiuzzaman , “fikirlah baik-baik untuk menyelamatkan diri daripada neraka maknawi dan untuk memasuki syuga maknawi yang dikurniakan oleh keimanan walaupun di dunia serta untuk mengecapi kebahagiaan hidup , ikutilah ajaran al-Quran. Gantikanlah kelazatan seminit yang sedikit dan fana itu dengan kelazatan-kelazatan yang syumul , baqa’ , berterusan dan berkait dengan keimanan.

1 comment:

  1. JOIN BERSAMA KITA DI QQ96ACE DAPATKAN BONUS MEMBER BARU DAN ID PRO UNTUK KEMENANGAN MUTLAK
    WWW,QQ96ACE,ONLINE
    BONUS SPORTBOOK 200%
    BONUS DEPOSIT +20%
    CASHBACK MIXPARLAY 100%
    BONUS HARIAN POKER 5000
    WA +62 823 6229 3153
    BBM : 96ACEIDN
    Line : 96ACEIDN
    IG : QQ96INDO

    ReplyDelete

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *