Tuesday, March 7, 2017

POLIGAMI

NURUL HUDA JAANAH BT ISMAIL
014

Soal poligami juga sering ditimbulkan oleh musuh-musuh islam. Musuh islam sering melemparkan keraguan tentang poligami dan juga perhambaan yang terdapat dalam islam , seolah-olah ia tidak seiring dengan kemodenan lalu menimbulkan prasangka terdapat Syariat Islam. Nursi menjelaskan tentang hukum ahkan islam terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama merupakan hukum yang terbina di atas syariah. Ia merupakan keelokan yang hakiki(al-Husn al-haqiqi) dan kebaikan semata-mata(al-khayr al-mahd).Manakala yang kedua iaitu syariah datang dan mengeluarkan sesuatu perkara daripada bentuknya yang hodoh dan zalim kepada suatu rupa yang elok yang sesuai dengan zaman dan tempat dan juga diterima untuk diaplikasikan mengikut tabiat manusia. Hukum ini bersifat mengimbangkan keadaan dengan memilih yang paling ringan di antara dua keadaan yang buruk  supaya mudah pada suatu ketika untuk mencapai kebaikan yang hakiki yang sempurna. Untuk mencabut mencabut secara sekali gus sesuatu perkara daripada kar umbi yang sudah tertanam dalam tabiat manusia umpuma menterbalikkan tabiat manusia itu sendiri ia amat sukar.

Badiuzzaman menjelaskan bahawa berlandaskan al-syariah al-mu’addilah inilah dibina hukum hakam berkaitan poligami dan juga perhambaan.Sejarah membuktikan bukanlah syariat islam yang mewujudkan perhambaan , malah syariat islamlah yang mewujudkan jalan-jalan dan meluaskan jalan tersebut untuk menukarkan system perhambaan daripada rupanya yang keras kepada jalan kemerdekaan yang sempurna.

Dengan kata lain , syariat islam mengimbangi keadaan daripada rupa asalnya yang zalim dan hodoh dan mengurangkannya.Kemudian , poligami pula dihadkan kepada empat orang isteri sahaja yang selari dengan tabiat manusia. Bukanlah syariat islam yang menjadikan daripada seorang isteri kepada empat isteri , sebaliknya syariat islam yang mengurangkan kadar daripada lapan atau sembilan orang kepada empat orang isteri sahaja, lebih-lebih lagi syariat yang meletakkan syarat-syarat yang tidak akan membawa kepada sebarang kemudaratan dalam poligami ini.


Hatta sekiranya berlaku juga sesuatu yang tidak elok maka ia adalah yang paling ringan . Dan keburukan yang teringan itu adalah juga bentuk keadilan tetapi bersifat nisbi , iaitu kebaikan mutlak tidak mungkin terhasil di alam ini , jauh sekali mungkin keadilan yang mutlak hanyalah di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *