NURUL HUDA JAANAH BT ISMAIL
014
Wanita merupakan serikandi atau wira sifat (belas
kasihan) dan hannan (kasih sayang).Sifat-sifat ini terdapat dalam tanggungjawab
keibuan secara fitrah. Wanita memiliki syafakah dan hannan yang tinggi, justeru
membuatkan dia ikhlas dan berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya daripada
kejahatan tanpa mengharapkan balasan. Ada ketikanya apabila sifat ini hanya
terhad kepada kerisauan musibah dunia ia memusnahkan anak-anaknya sendiri.
Contohnya , sebagai ibu yang kasihankan anaknya
sekiranya tidak mendapat pendidikan dan pekerjaan yang baik.Malah dia sanggup
membelanjakan semua hartanya agar anak menjadi seorang yang hebat dan
berkedudukan pada masa hadapan tabpa berfikir masa hadapan anaknya di akhirat
dalam bahaya. Ibu ini berusaha mengeluarkan anaknya dari penjara dunia tanpa
mengendahkan anaknya dilempar ke penjara abadi nanti.Tanpa disedari, ibu itu
telah melawan fitrahnya sendiri yang penuh belas kasihan kepada anak tetapi
telah menjerumuskan anaknya ke dalam kesengsaraan neraka.
Apa yang terjadi, anak sepatutnya membahagiakan ibu
bapa dan memberi syafaat kepada ibu bapa di akhirat nanti akan berhujah kembali
kepada ibunya kenapa tidak mengukuhkan imannya sehingga dia menerima azab
sebegitu.Memandangkan si anak tidak pernah mendapat didikan agama , lalu dia
tidak langsung menghargai syafaqah atau belas kasihan ibunya yang luar biasa
suatu masa dahulu.
Namun seorang ibu yang bijak dan mengutamakan
kesejahteraan abadi anaknya di akhirat nanti akan menggunakan sifat syafaqah
itu bagi melepaskan anaknya daripada azab sengsara. Sekiranya seorang ibu
memberi penekanan iman dan didikan agama kepada anaknya , ibu akan tenang di
akhirat nanti.Segala kebaikan yang dilakukan oleh anak sepanjang hayat akan
direkodkan kepada si ibu sebagai amalan kebajikan sama seperti yang dilakukan
oleh anaknya.Malah , anaknya itu juga menjadi penyelamat di akhirat dan bukan
menambah beban.Seorang ibu tidak patut menyalahkan fitrahnya untuk menukarkan
akhirat yang umpama berlian yang berharga hanya dengan kepingan kaca iaitu
kesenangan dunia yang sementara.
Secara fitrah kerana kejadiannya yang lemah ,
perempuan juga memerlukan seseorang penjaga yang menolongnya dalam urusan
kehidupan. Seorang ayah menjaga anak perempuan dan seorang suami menjaga
isterinya. Kejadian perempuan yang halus dan seni menjadikan perempuan mudah
terkesan .Namun , islam meringankan perempuan. Dr. Wahbah Zuhayli menyebut
bahawa islam memudahkan dan banyak
memberi keringanan seperti kemaafan dalam beberapa perkara fardhu seperti tidak
perlu menggantikan solat.
Perempuan tidak diberi bebanan mencari nafkah dan
mahar.Mereka juga tidak perlu menjadi saksi kes-kes berat seperti jenayah dan
hudud.Fitrah perempuan yang halus dan lemah menyebabkan dia mengelak dan tidak
mampu melihat perkara seperti itu.Disebabkan kelemahan dan halusnya penciptaan
dirinya, perempuan secara fitrah berasa takut kepada lelaki asing yang bukan
mahramnya, dia tidak suka dirinya diperhatikan oleh pandangan asing yang jahat.
No comments:
Post a Comment