Tuesday, March 7, 2017

AL-MIQDAD BIN AMRU BIN THALABAH

NURUL HUDA JAANAH BT ISMAIL
014

          Dia dikenali dengan banyak nama .pada mulanya ,dia dijadikan anak angkat oleh Al-Aswad Yaghuts , sehingga dulunya dia sering dipanggil dengan nama Al-Mqdad bin al-Aswad. Dia kemudian dipaggil dengan nama Al-Miqdad bin Amru ketika turun ayat ke 5 surah al-Ahzab.

          Sahabat Rasulullah s.a.w ini juga ikut turut serta dalam perang Badar,Perang Uhud , dan seluruh peperangan lain yang pernah diikuti oleh Rasulullah s.a.w .Bentuk tubuhnya yang tinggi memang menyekongnya secara fizikal untuk terjun ke bawah kancah peperangan.Kulitnya sawo matang ,rambut kepalanya lebat , dan matanya dengan lebat dihiasi dengan bulu mata yang lebat pula , sementara janggutnya sentiasa kemas . Sosok ini sangat dikenali dalam barisan pasukan islam kerana keupayaannya dalam bertembur.

          Mengenai sahabat yang satu ini ,Al-Qasim bin Abdul Rahman pernah berkata ,” yang pertama kali menunggang kuda untuk berperang adalah Ak-Miqdad”. Bahkan, Rasulullah s.a.w pun memujinya. Baginda berkata “tidak ada seorang pun diantara kita yang menunggang kuda pada perang Uhud ,kecuali Al-Miqdad,”

          Thoriq bin Syibab meriwayatkan bahawa Abdullah pernah berkata , “ Aku menyaksikan Al-Miqdad dalam suatu pertempuran. Sungguh, aku lebih suka menjadi teman baginya yang sebenarnya daripada sekadar gelaran .Dia berjumpa Rasulullah s.a.w .ketika baginda sedang berdoa agar pasukan musyrikan kalah.Lalu , Al-Miqdad berkata ,’ wahai rasulullah , demi Allah , kami tidak akan menyatakan kepadamu sebagaimana perkataan Bani Israil kepada Musa.

          Menurut riwayat Abdul Rahman bin jabir bin Nafir,bapanya berkata ,” suatu hari, kami duduk bersama Al-Miqdad . Kemudian ,seorang lelaki datang dan berkata ,’beruntunglah kedua mata ( Al-Miqdad ) ini yang telah melihat  Rasulullah s.a.w. Demi Allah ,sungguh kami akan senang apabila melihat apa yang kau lihat dan menyaksikan apa yang kau saksikan . ‘ Ternyata ,perkataan tersebut membuat marah. Kami hairan ,sebab tidak pernah dia berkata kata kecuali , dalam kebaikan. 

Kemudian , dia memandang lelaki tersebut dan berkata , ‘ Apa yang membuat orang ini berkhayal sesuatu yang tidak Allah takdir baginya? Dia tidak mengerti bagaimana keadaan dirinya seandainya menyaksikan (apa yang saya saksikan).Sungguh ,suatu kaum telah datang dan menyaksikan Rasulullah s.a.w , tetapi Allah s.w.t. membenamkan mereka ke jahanam kerana tidak mahu membenarkan dan beriman kepadanya.Tidaklah engkau memuji Allah yang telah mengeluarkanmu dalam keadaan tidak mengerti apa-apa kecuali Tuhanmu, lalu kalian membenarkan apa yang dibawa oleh nabi kalian.?”

          Semoga, Allah s.w.t merahmati baginda dengan syurganya.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *