NAMA : NORHIDAYATI ADAWIAH BINTI MOHD ARIFFIN
NO MATRIK : 14021131
NO SIRI : 084
Sesiapa yang ingin kebahagiaan pada hari esok mesti bahagia dan
bersyukur pada hari ini .sesiapa yang
tidak bahagia pada hari ini adalah disebabkan dia tidak bersyukur semalam .kita
lihat ada orang yang sakit tetapi mereka tidak merana .ada juga orang yang
tidak berapa sakit tetapi hidup mereka merana lebih daripada yang mengalami
penyakit kronik .sebab itulah perlunya kita berfikir yang baik,bercakap perkara
yang baik maka kita akan mendapat hasil yang baik .
Setiap orang akan mendapat bahagian masing –masing dan bahagian
yang diterima tidak sama dengan apa yang orang lain dapat .kita tentu tidak
suka kala kita mendapat perkara yang sama dengan orang lain .contohnya bagi
seorang isteri,hiduplah dengan meletakkan Allah,Rasul ,suami,anak ,menantu dan
lain –lain sebagai keutamaan . jadi, setiap kali mahu melakukan sesuatu
ingatlah gambar kala kita menjadi mayat .
Bahagia adalah perasaan dalaman . ia mempunyai kaitan dengan aura
positif. Antara yang kita lakukan ialah dengan menghadiahkan senyuman dan
biarlah senyuman lahir dari hhati yang ikhlas . untuk bahagia kita metilah
merawat jiwa dan emsi .andainya kita puji seseorang ,penerimanya bergantung
pada situasi yang berlaku.
Dari segi pembangnan personality ,kala kits seorang yang jernih
hati,berfikiran posotif,bercakap perkara yang baik ,kita juga akan berjumpa
dengan orang yang serupa.tetapi andainya kita seorang yang mempunyai pelbagai penyakit
hati ,kita juga akan bertemu dengan orang yang sebegitu juga . dalam kehidupan
kita mesti ada konsep ,tujuan dan erti kehidupan .jika tidak,kita akan menjadi
seperti bunga kiambang .tamapak cantik tetapi ia seolah olah tidak ada tempat
bergantung sedangkan kita adalah khalifahNya yang mesti mengimarahkan syariat
Allah.
No comments:
Post a Comment