NAMA: NURUL SUHADAH BT MOHAMED JUHARI
NO.SIRI: 017
Nama lengkapnya
adalah Rubai binti Ma’uz bin al-Haris bin Fifa’ah bin Sawad bin Malik bin
Ghanam bin Malik al-Ansariyah an-Najariyah. Sementara, ibunya bernama Ummu
Yazid binti Qais bin Za’wa’ bin Haram bin Jundub bin Amir bin Ghanam bin Adi
bin an-Najar.
Rubai
termasuk angkatan pertama yang masuk islam. Sungguh, ketulusan iman dan
kekukuhan keyakinannya nampak tatkala dia berbaiat kepada Rasulullah s.a.w. di
bawah sebuah pokok. Itulah baiat yang diberi nama baitur ridhwan. Rubai adalah
orang yang berjaya mendapatkan keredaan daripada Allah s.w.t, sebagaimana yang
difirmankan berikut:
18.
Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman, ketika mereka
memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan
pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa Yang sedia
diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada Dalam hati
mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas
mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya;
19. dan juga
Dengan banyak harta rampasan perang, Yang mereka akan dapat mengambilnya. dan
(ingatlah), Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Rubai binti
ma’uz termasuklah sahabiyah agung yang dibina oleh Islam dan turut andil dalam
kehidupan Islamiah serta terjun dalam membina masyarakat islam yang agung. Dia
turut berperang di jalan Allah s.w.t dengan menjaga batas-batas yang telah
disyariatkan Islam. Dia berbaiat kepada Rasulullah s.a.w. dan meriwayatkan
hadis. Dia adalah seorang wanita yang pandai tentang urusan agama.
Kaum muslimin mengakui kemampuannya,
bahkan para sahabat senior bertanya kepadanya dalam perkara agama. Dia mampu
menggambarkan sifat Rasulullah s.a.w. , sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu
Ubaidah bin Muhammad bin Ammar bin Yasir. Abu bertanya, ‘’Gambarkanlah sifat
Rasullulah s.a.w. kepadaku”.
Rubai menjawab, “Wahai anakku,
seandainya engkau melihatnya, seolah-olah engkau melihat matahari terbit”.
Rubai juga
telah meriwayatkan tentang sifat tawaduk Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang
dikeluarkan Abu Daud di dalam sunannya. Rubai berkata, “Adalah Rasullulah
s.a.w. mendatangi kami dan berbincang-bincang dengan kami. Baginda bersabda, “
Tuangkanlah air agar aku berwuduk dengannya.’’ Kemudian , maka, baginda mencuci
kedua telapak tangannya tiga kali....”
Dia juga pernah berkata, “Suatu
ketika, Rasulullah s.a.w. mendatangiku tatkala aku menjadi pengantin. Baginda
masuk ke dalam rumahku dan duduk di tempat tidurku, sedangkan beberapa wanita
yang masih kecil menabuh rebana dan menyanjung orang tua mereka yang telah
syahid dalam Perang Badar. Tatkala di antara mereka ada yang bersenandung. Di
tengah-tengah kita ada Rasulullah s.a.w. yang mengetahui apa yang terjadi esok,
maka Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya, “ Biarkanlah dia dan ucapkanlah apa
yang telah diucapkannya.” (H.R.Abu Daud)
Rubai menikah dengan Iyas bin Bakir
dari Bani Laits, lalu dikurniakan seorang anak bernama Muhammad Iyas. Suatu
ketika, terjadilah dialog antara Rubai dengan suaminya, kerana dia menyedari
bahawa sukar untuk hidup berdampingan dengan suaminya. Dia berkata, ‘’ Engkau
memiliki seluruh apa yang aku miliki, maka ceraikanlah aku,” Iyas menjawab ,
“Sudah aku cerai kamu” .
Adapun peranan serta Rubai dalam
berjihad bersama kaum muslimin tidak perlu diragukan lagi. Dia ikut serta
berperang bersama kaum muslimin. Dia bertugas menyiapkan minuman bagi pasukan
dan membantu mereka serta membawa orang yang terbunuh mahupun terluka ke
Madinah. Dia melelengkapi kepahlawanan para pasukan Islam di medan tempur
dengan segala sesuatu yang menyebabkan timbulnya kekuatan pada diri mereka,
baik berupa motivasi, bekal, dan lain-lain. Apabila telah mencukupi urusan
mereka, dia naik ke atas kudanya lalu menyerang musuh-musuh Allah s.w.t dengan
anak panah yang dia arahakan ke leher musuh.
Akhirnya,
Rubai wafat pada zaman kekhalifahan Mu’awiyah tahun 45 Hijriah setelah mengukir
sejarah hidupnya sebagai teladan bagi wanita muslimah dalam berbuat baik ,
bertakwa, berilmu, dan berjihad di jalan Allah.
No comments:
Post a Comment