DITULIS OLEH : ZIE AFNAN BINTI DAUD LATFI
NO SIRI : 032
Jika tidak disertakan unsur syirik dan khurafat, mandi bunga
dibenarkan sebagai ikhtiar bagi tujuan kesihatan, kesegaran badan bahkan terapi
memulihkan semangat.
Elakkan daripada beriktikad menyatakan alternatif tersebut boleh
mengawal jodoh, sebaliknya pintalah kepada Allah. Bukankah Allah berkata, “Dan
Tuhan kamu berfirman : ‘Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu.” (Surah Al-Ghafir : 60)
Sabda Rasulullah : “Jika engkau meminta, pintalah kepada Allah dan
jika engkau memohon pertolongan, pintalah pertolongan daripada Allah.” (Riwayat
At-Tirmizi)
Antara doa yang baik diamalkan bagi mereka yang berdepan situasi
ini adalah doa Nabi Musa tatkala dihimpit perasaan dengan tekanan Firaun.
Firman Allah, “Maka (Nabi Musa pun berdoa dengan) berkata : ‘Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau
berikan.” (Surah Al-Qasas : 24)
Kesimpulannya, jika niat seseorang mandi bunga
agar terhindar dari bencana, terlindung dari kejahatan dan keburukan makhluk seperti
jin, binatang buas serta makhluk jahat, maka hukumnya haram. Ini termasuk
syirik kerana menjadikan mandi bunga sebagai sebab tertolaknya bala padahal
Allah tidak menjadikannya sebagai sebab agar terhindar dan terlindung dari bencana
dan keburukan. Setiap perkara harus dilakukan
dengan mengambil kira hukum-hukum yang digariskan dalam Islam. Ini kerana
setiap amalan yang dilakukan kerana Allah boleh mendatangkan pahala dan
keberkatanNya.
No comments:
Post a Comment