NAMA : NAJWA
HAYATI BT MOHD YUSOFF
NO SIRI : 015
“ Apabila terjadi pezinaan secara
terang-terangan kepada suatu kaum, maka mereka akan diserang oleh satu penyakit
yang belum pernah dialami oleh nenek moyang sebelum mereka “ ( Riawayat
al-Baihaqi ).
Melalui hadis ini, kita telah
mengetahui punca penyakit AIDS. Ia merupakan bala daripada Allah akibat
perzinaan. Islam melihat sesuatu masalah hingga ke akar umbinya. Begitu juga
dengan masalah AIDS. Ia juga memerlukan ketajaman mata hati dan pengubatan
secara rohani. Para sainstis dan pakar perubatan menjelaskan, AIDS disebabkan
oleh serangan sejenis virus yang mengurangkan daya tahan tubuh badan terhadap
seangan penyakit-penyakit.
Namum, perspektif Islam pergi lebIh
jauh daripada itu. Virus sebenarnya ialah makhluk yang menyerang manusia tanpa
izin Allah. Soalnya, mengapa manusia tertentu menjadi mangsa? Jawabnya, kerana
manusia itu melakukan kemungkaran. Kemungkaran itu ialah zina. Mengapa manusia
berzina ? sebab dia tidak takut dengan Allah. Maka ini sebenarnya AIDS , tidak
takutkan Allah !!
Oleh sebab itu, cara mencegah
penyakit AIDS yang paling tepat adalah dengan menghapuskan segala bentuk
penzinaan dan pencetus ke arahnya. Ini boleh dibuat dengan menanam rasa takut
kepada Allah dalam hati manusia. Hati perlu diubat mengikut kaedah Rasulullah
SAW. Biar hati itu sentiasa berasa diawasi dan diperhatikan oleh Allah. Manusia
yang memiliki hati seperti ini, secara automatic akan menegakkan perintah Allah
dan meninggalkan larangan-Nya tanpa terlalu bergantung kepada undang-undang
luaran. Manusia yang benar-benar beriman tidak perlu ditakutkan dengan AIDS
untuk meninggalkan zina !
Masalah AIDS, kes buang bayi dan
anak luar nikah sumbang mahram dan jenayah seks yang lain sepatutnya tidak
timbul dalam kalangan umat Islam yang benar-benar menghayati mafhum firman
Allah ini: “ Jangan kamu menghampiri zina .” (surah al-Isra 32 )
Walaupun ayat al-quran itu pendek,
tetapi ia mempunyai pengajaran dan panduan yang melaut luasnya. Mencegah lebik
baik daripad pengubat. Allah mencegah manusia bukan sahaja daripada berzina,
malah menghampirinya pun jangan !
Perkara-perkara yang termasuk dalam
istilah “ menghampiri zina “ termasuklah melihat, mendengar, bergaul dan
terlibat secara langsung atau tidak dengan perkara-perkara yang boleh membawa
kepada zina seperti mendedahkan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dengan
perempuan, menonton cerita atau filem yang bertentangan dengan akhlak Islam,
lagu dan nyanyian cinta yang asyik dan melalaikan, membaca atau media Internet
yang mengandungi unsur-unsur lucah dan sebagainya.
Malangnya, perkara-perkara itulah
yang sedang subur dalam masyarakat kita. Perkara-perkara “ menghampiri zina “
itulah yang dianggap moden, maju dan trend terkini. Ironinya, kita juga yang
memekik, bertempik dan gelisah kerana AIDS.
Berbagai-bagai langkah telah diambil
oleh kita untuk mengatasi masalah AIDS. Galakan menggunakan kondom dengan
membelakangkan perintah Allah supaya tidak bergaul bebas samalah seperti
menggalakkan zian tetapi mesti “ selamat “ daripada AIDS ! Apakah yang sedang
kita tanam dalam fikiran dan jiwa umat Islam, takut akan Allah mahupun AIDS ?
Kita sepatutnya insaf,
penzina-penzina boleh bebas daripada AIDS ( kerana diajar cara-cara mencegahnya
) tetapi mereka tetap tidak dapat melarikan diri daripada seksa Allah di neraka
kelak. Seksa AIDS berakhir dengan kematian, tetapi seksa neraka kekal abadi,
mana lebih pedih ?
No comments:
Post a Comment