Ditulis oleh:Hasbul Yamin Bin Mohd
Zin
No matrik:14021084
No siri:113
SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu
untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air
yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada
badan.
Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik,
Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri
daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.
Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina
dan usia. “Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan
masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan
kejadian jangkitan saluran kencing.
“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens
iaitu masalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin. Masalah
itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri
terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran. Seseorang juga sukar untuk
menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum
sempat pergi ke tandas.
Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens
adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air
kencing yang lemah.
Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan
ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.
Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak
di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal. Namun,
mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan
yang sebaliknya.
“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang
normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.
Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila
seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu
tidak lebih lapan kali sehari.
Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu
malam. Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan
seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah. Mereka tidak
seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada
tubuh bagi mengelakkan dehidrasi. “Jangan mengurangkan kuantiti air yang
diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah
itu."
“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka
yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi. Antara tanda kencing
terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas
melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya. Masalah ini
boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi
masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat
menahan kencing. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu
adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan
penggunaan ubatan.
Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan
kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas
yang bersih.
Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan
air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati
mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24
jam secara berterusan.
No comments:
Post a Comment