Sunday, February 12, 2017

TANGGUNGJAWAB MENUNTUT ILMU

NAMA : SITI AMINAH BINTI ISMAIL
NO.SIRI : 068

Menurut perspektif Islam, menuntut ilmu adalah satu kewajiban atas setiap individu. Ini adalah berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :

“ Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap muslim ”

Menurut Imam al-Ghazali, semua ilmu yang penting wajib dipelajari. Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada dua jenis, iaitu Fardu Ain dan Fardu Kifayah. Fardu Ain ialah wajib atas setiap orang muslim, seperti belajar bersolat ( sembahyang ) atau al-quran dan ilmu agama yang lain kerana tanpa ilmu berkenaan seorang Islam tidak dapat melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam dengan betul. Contohnya tidak dapat mendirikan solat dengan betul dan tidak dapat membaca al-quran ( khasnya dalam solat ) dengan betul.

Ilmu agama dalam hal ini janganlah difahami secara sempit seperti ilmu tauhid dan fiqah sahaja seperti yang difahami oleh kebanyakan orang. Sebenarnya Ilmu Fardu Ain ada di mana-mana, bukan setakat hendak bersolat, berpuasa atau menunaikan haji sahaja. Seseorang yang hendak berniaga bukan sahaja perlu ada ilmu perniagaan, simpan, kira dan sebagainya, malah ia juga perlu ada Ilmu Fardu Ain, iaitu mengetahui barang yang boleh diniagakan dan yang tidak boleh diniaagakan. 
Demikian juga dengan pekerjaan lain, seperti guru, askar, ahli ekonomi,pemandu, nelayan, peladang dan lain-lain. Semuanya perlu tahu akan Ilmu Fardu Ain, iaitu apa yang wajib dan apa yang diharamkan semasa ia bekerja. Kita juga perlu tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan dalam bidang pekerjaan. Semua ini adalah  Ilmu Fardu Ain dan lebih penting lagi ialah tanggungjawab kita kepada Allah.
Manakala Ilmu Fardu Kifayah pula adalah suatu kewajipan apabila sebahagian orang melaksanakannya,maka kewajipan itu gugur bagi yang lainnya seperti berjihad,solat berjamaah,pakar dalam suatu bidang dan sebagainya. Ia terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kifayah dini,kifayah duniawi,kifayah syarat hakim dan kifayah tanpa syarat hakim.Fardhu kifayah seperti yang disebutkan tidak diwajibkan kepada setiap individu,tetapi apabila dilaksanakan oleh sebahagian orang,ia dianggap sudah gugur kewajipan semua. Apabila tidak seorang pun yang melaksanakannya maka semua orang akan berdosa.


1 comment:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *