NAMA : SITI AMINAH BINTI ISMAIL
NO. SIRI : 068
Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Antara fitrah yang ada
dalam diri manusia ialah mengakui adanya kuasa ghaib. Kuasa ghaib itu, sama ada
yang memang wujud atau yang sengaja diada-adakan, diberi berbagai nama seperti
tuhan, dewa, dewata, semangat dan pelbagai nama lain. Manusia tidak kenal akan
Tuhannya yang sebenar jika tidak diturunkan rasul untuk menerangkannya.
Sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, orang Arab Makkah telah pun
beragama Islam melalui Nabi Ismail dan bapanya Nabi Ibrahim AS. Maka yang
begitu lama mengakibatkan kefahaman dan amalan agama ini telah berubah dan
rosak. Mereka menyembah berhala untuk memohon sesuatu hajat walaupun mereka
masih percaya kepada adanya Allah S.W.T. Akidah mereka syirik walaupun mereka
masih percaya kepada Allah dan melakukan ibadat haji.
Kebangkitan Nabi Muhammad S.A.W adalah untuk mengeluarkan
perkara-perkara yang syirik kepada ketauhidan serta melepaskan manusia daripada
kekufuran kepada keimanan kepada Allah yang Esa. Baginda S.A.W membetulkan
hubungan antara manusia dengan Allah dan menghapuskan syirik. Nabi Muhammad
S.A.W mengajar kita supaya mempercayai Allah Yang Esa.
Dalam Islam terdapat ibadat-ibadat yang wajib da nada pula yang
tidak wajib. Solat, zakat, puasa, dan haji merupakan ibadat asas dalam Islam.
Apabila melakukan ibadat ini bermakna manusia sedang berhubung dengan Tuhannya.
Semasa seseorang itu sedang bersolat, ia sebenarnya sedang berdialog dengan Allah
S.W.T. Dengan demikian, ia mesti memakai pakaian yang bersih, elok dan menutup
aurat. Orang yang mengerjakan solat mempunyai perasaan yang tenang kerana ia
anugerah Allah S.W.T.
Zakat, walaupun pada zahirnya membuat hubungan sesama manusia,
tetapi hakikatnya ia membuat hubungan dengan Allah. Dengan hati yang ikhlas ia
berserah kepada Allah sehingga sanggup mengeluarkan hartanya untuk diberikan
kepada orang lain. Kesanggupan mengeluarkan hartanya untuk diberikan kepada
orang lain ialah ketaatan kepada perintah Allah. Ketaatan ini wujud kerana
adanya imam di dalam hati. Keimanan yang mantap dan yakin dengan janji Allah
menjadikan seseorang itu sanggup melakukan apa-apa yang diperintah oleh Allah.
Semasa ia melakukan sesuatu suruhan dengan perasaan penuh ikhlas, ia membuat
hubungan suci dengan Allah S.W.T.
Puasa merupakan satu suruhan atau kewajipan untuk menguji ketabahan
dan ketaatan manusia. Hanya orang yang benar-benar tunduk kepada Allah sahaja
yang sanggup menahan lapar dan dahaga pada waktu siang bulan Ramadan.
Haji pula merupakan satu ibadat yang paling mencabar kerana
memerlukan pengorbanan yang banyak daripada segi tenaga, wang ringgit, masa, perasaan dan lain-lain. Orang
yang sanggup berkorban untuk sampai ke Baitullah digelar tetamu Allah. Tetamu
Allah mestilah berpakaian bersih dan datang dengan hati yang bersih.
Selain daripada ibadat wajib seperti yang dibincangkan itu,
terdapat banyak ibadat lain yang bukan wajib yang dituntut supaya kita
melakukannya. Orang yang melakukan ibadat sunat seperti solat sunat, puasa
sunat, sedekah dan lain-lain juga dikatakan sedang membuat hubungan dengan
Allah S.W.T.
Semua itu merupakan bentuk hubungan rohani antara manusia dengan
penciptanya, iaitu Allah S.W.T. Melakukan hubungan rohani dengan Allah S.W.T
melatih manusia mengikut peraturan dan berdisiplin. Seseorang yang hendak
menunaikan solat atau haji mesti berpakaian bersih dan menutup aurat. Hati
mesti bersih dan ikhlas. Sifat-sifat buruk seperti takbur, sombong dan hasad
mesti ditinggalkan. Demikian juga dengan ibadat lain seperti membaca Al-Quran
dan berzikir, seseorang itu mesti berpakaian bersih dan berada di tempat yang
bersih dan dalam suasana yang hening dan tenang serta dilakukan dengan hati
yang khusyuk, suci dan bersih.
No comments:
Post a Comment