Saturday, February 18, 2017

TANGISAN DERITA ROHINGYA

DITULIS OLEH : ZIE AFNAN BINTI DAUD LATFI
NO SIRI : 032

Myanmar atau dahulunya dikenali sebagai Burma adalah sebuah negara yang sangat pelbagai dari segi jenis etniknya. Daripada 135 etnik yang diiktiraf, terdapat lapan yang utama iaitu Bamar, Chin, Kachin, Kayah, Kayin, Mon, Rakhine dan Shan.
Majoriti muslim terdiri daripada bangsa Rohingya. Malangnya, mereka tidak termasuk dalam senarai etnik yang diiktiraf. Ini menyebabkan mereka dinafikan hak dan akses kepada keperluan asasi seperti kesihatan, keselamatan serta ditindas dengan pelbagai cara.

Cubit Peha Kanan, Peha Kiri Terasa.
Sifat orang mukmin, peha kanan dicubit, peha kiri pun turut terasa. Sikap peduli, simpati dan solidariti harus menjadi identiti kita.
Sabda Rasulullah, “Perumpamaan orang mukmin dari segi saling mencintai, mengasihi dan menyayangi adalah seperti satu jasad. Apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh tubuh ikut berjaga malam dan ditimpa demam.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah lagi, “Bukanlah dalam kalangan kami, mereka yang tidak mempedulikan keadaan orang muslimin.” (Riwayat At-Tabarani)

Qunut Nazilah
Ibn Abbas meriwayatkan, “Rasulullah melakukan qunut (nazilah) selama sebulan pada setiap waktu Zohor, Asar, Maghrib, Isya’ dan Subuh pada hujung solat.” (Riwayat Abu Dawud)
Qunut nazilah disyariatkan untuk dibaca ketika umat Islam ditimpa musibah atau bala bencana. Baik dalam bentuk wabak penyakit, mahupun serangan musuh seperti yang berlaku kepada saudara Rohingya di Rakhine.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *