Saturday, February 25, 2017

CAHAYA IMAN YANG BENAR

Ditulis : NOR HASMIZA BINTI MUSTAFA
NO SIRI : 019/NO MATRIK : 14021126

CAHAYA ISLAM
Apabila imam menjadi kuat di dalam hati seseorang mukmin dan diterjemahkan dengan amalan,dibantu pula dengan amalan-amalan sunat dan disokong dengan ketakwaan kepada Allah swt dengan sebenar-benar taqwa,maka berkemungkinan sesetengah golongan salihin yang mendapat karamah dari Allah swt.Pada ketika itu Allah swt lah yang menjadi  penglihatannya yang dengannya ia melihat,pendengarannya yang dengannya ia mendengar,tangannya yang dengannya ia menampar dan kakinya yang dengannya ia berjalan.Jadilah ia orang yang mendapatkan taufiq yang diredhai Allah swt.

Orang-orang soleh yang yang kukuh pegangan ini telah mendapat cahaya(nur) dan kemanisan yang Allah swt anugerahkan ke dalam hati mereka.Jelas dan nyata pada pandangan manusia bahawa mereka adalah orang yang sentiasa melakukan amalan-amalan yang baik.Keadaan ini seperti kata ulama Salaf,tidak lebih daripada karamah(kemuliaan) yang Allah swt zahirkan kepada seseorang yang nyata kebaikannya dan ianya tidak mengaku menjadi Nabi.

Walaupun demikian bukanlah hak sesiapa pun dari kalangan mereka yang memiliki karamah ini untuk menambah atau mengurangkan sesuatu yang hanya diketahui oleh ilmu Allah swt.Dengan rahmat Allah swt k eats umat muslimin,tiada satu jarak masa pun dalam sepanjang sejarah islam selama empat belas tahun ini,tidak wujudnya golongan soleh dan bertaqwa serta berpegang dengan syariat.Telah berlaku pelbagai kebaikan di tangan mereka.Sekiranya mereka bersumpah (berdoa)kepada Allah swt nescaya Allah swt akan makbulkannya.

Kewujudan mereka inilah yang Allah swt campakkan ke dalam hati sanubari mereka cahaya iman dan mereka merasai kemanisan tawakkal dan yakin.Merekalah yang menjadi perisai melindung bencana buruk dan merekalah juga yang menutup lubang yang ditembusi musuh.Apabila mereka hadir ke sesuatu tempat orang tidak mengetahui kehadirannya,apabila mereka tiada,orang tidak akan merasakan kehilangannya.Jika salah seorang dari mereka meninggal dunia,ia tunaikannya kerana malu kepada Allah swt dan juga malu kepada manusia.

Wali-wali Allah swt (sebenar) ini,mereka tidak sekali-kali ingin menunjuk-nunjuk dengan kebaikan atau penerimaan dari Allah swt yang berlaku pada mereka,jauh lagilah untuk mendakwa sesuatu yang tidak sebenar atau semata-mata untuk bermegah-megah.Sepertimana juga mereka tidak bermaksud(dengan segala karamah ini)  agar orang lain islam bertawasul dengan zat mereka ketika berdoa kepada Allah swt atau orang yang membina masjid masjid meliputi pusara mereka agar orang menziarahinya atau agar orang menamatkan masjid sempena nama-nama mereka.
Perlakuan seumpama ini tidak harus di sisi syara’.Bahkan mereka yang melakukan ini semua adalah berdosa dan syirik (syirik tersembunyi) pada sebahagian dari apa yang mereka iktikad dan amalkan.Kita bermohon perlindungan daripada Allah swt dari syirik yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *