Saturday, February 18, 2017

Pengukuhan ukhwah sesama muslim

PENULIS : MUHAMMAD TAUFIK BIN ABDUL RAHMAN
NO SIRI : 087 (14021100)

Terdapat pelbagai cara untuk menghubungkan antara satu sama lain antaranya mengutus surat, bertanya khabar ketika berjauhan, bersua muka, mengutus senyuman dan bersalam-salaman, bertukar-tukar hadiah, memberi apa yang kamu sukai, ziarah menziarahi khususnya ketika sakit atau setelah lama menghilang, senang memberi, melepaskan saudara dari kesusahan dan sebagainya sesuai sabda Rasulullah SAW: "Tiada beriman seorang kamu hingga ia mencintai untuk saudaranya apa yang ia cintai untuk dirinya." (Riwayat Bukhari & Muslim).

     Abu Hurairah RA berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:  “Hak seorang Muslim ke atas Muslim (yang lain) ada lima perkara, iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit,  mengiringi jenazah, menjawab (menghadiri) undangan dan mendoakan orang bersin.” (Hadis Riwayat al-Bukhari) Dengan tali persaudaraan yang terjalin ini, kehidupan akan menjadi sangat harmonis dan umat Islam dapat segera menumpukan perhatian kepada masaalah sejagat dari pertelingkahan dan persoalan hati sesama individu Muslim.

Amalan-Amalan yang Membunuh Persaudaraan dan Menyemai Kebencian
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis ‘kuman’ yang dapat menghancurkan erti sebenar kehidupan seorang Muslim ini dan ia adalah amalan-amalan yang merosakkan hubungan sesama manusia. Berkali-kali disebutkan di dalam Al Quran dan hadis perihal ‘kuman-kuman’ yang diharamkan serta ditegah Allah SWT ke atas umat Islam kerana ia dapat merosakkan hubungan sesama manusia, memutuskan tali persaudaraan dan sekaligus mendatangkan dosa besar. Ia juga dikenali sebagai sifat-sifat mazmumah yang wajib kita hindari:

1. Adanya sifat hasad dengki dan berprasangka buruk antara satu sama lain
Bersabda Rasulullah SAW: "Berhati-hatilah kalian terhadap prasangka, sebab prasangka itu sedusta-dustanya cerita. Jangan pula menyelidiki, mematai-matai dan menjerumuskan orang lain. Dan janganlah saling menghasut, saling membenci, dan saling membelakangi. Jadilah kalian sebagai hamba Allah yang bersaudara" (HR Bukhari Muslim).

2. Mengumpat dan mengata di belakang mereka
Berfirman Allah SWT di dalam surah al Hujurat ayat 11-12: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (11)
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” (12)
3. Mengeji dan mengutuk
Rasulullah SAW juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang Mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat at-Tirmizi)
4. Menjatuhkan maruah dan air mukanya di khalayak ramai kerana ini termasuk menzaliminya
Bersabda Rasulullah SAW: “Takwa itu di sini, takwa itu di sini.Baginda melakukan isyarat dengan menunjukkan ke arah dadanya. Cukuplah seseorang dari keburukan apabila dia merendahkan saudaranya sesama Muslim. Setiap Muslim terhadap Muslim yang lain, haram darahnya, kehormatan dan hartanya. Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-badan kalian, tidak pula kepada rupa-paras kalian akan tetapi ia melihat kepada hati dan amalan kalian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Menjadi batu api kepada pertelingkahan saudara sendiri
Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab Baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."
Sebaliknya, kita digalakkan berdiam bila perlu. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *