Tuesday, February 28, 2017

HOSPITAL PERTAMA DUNIA

NAMA: NURUL SUHADAH BT MOHAMED JUHARI
NO. SIRI: 017
            Hari ini semua orang tahu, jika sakit pergi hospital. Di situ nanti kita akan berjumpa doktor dan diberikan ubat. Jika sakit teruk, anda akan ditempatkan di wad untuk dipantau perkembangan daripada masa ke semasa. Ini adalah gambaran umum kita tentang hospital. Tetapi sebenarnya, hospital bermaksud standard layanan. Justeru itu, industri perhotelan meletakkkan perkataan hospital ini sebagai standard operasi mereka. Ia menggambarkan keselesaan hidup.

Nampaknya perkataan itu bukan sahaja penting tapi sangat membawa makna. Ia bersangkutan dengan kualiti hidup. Inilah teknologi yang dibangunkan oleh cendiakawan Islam pada zaman silam.

            Semasa keilmuan perubatan berkembang di timur, saintis berpendapat perlu ada sebuah tempat khusus untuk mempraktikkan ilmu perubatan supaya orang awam dapat dirawat dengan baik dan tempat ini juga dapat memudahkan para sarjana mengkaji dan mendalami perihal sakit dan penyakit serta kaedah rawatan. Inilah konsep awal hospital dan konsep ini terus berlangsung hingga hari ini.

            Terdahulu, di Eropah, idea pembinaan hospital telah pun wujud tetapi keadaannya sangat teruk. Semua pesakit dikumpul sekali pada satu ruang. Tidak ada pemisahan antara jenis dan kategori penyakit dan sakit. Malah pesakit yang mati juga tidak diuruskan dengan betul. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak selesa dan menjadikan hospital sebagai tempat yang menakutkan.

            Sementara itu, di timur tengah, saintis kimia ternama Ar-Razi mendapati konsep hospital di barat itu tidak betul dan ia jelas menyebabkan pelbagai penyakit berjangkit. Ar-Razi percaya, udara yang memainkan peranan yang penting dalam proses menyembuhkan penyakit. Jika ia telah di kontaminasi kuman pesakit, keadaan sakit akan menjadi teruk. Justeru itu, pakar kimia ini menyarankan, sebuah hospital itu perlu mempunyai udara segar atau tidak sedangkan udara bukanlah  objek boleh dilihat dengan mata. Tiada seorang pun dalam dunia ini mampu melihat sesuatu udara itu segar atau tidak.

            Inilah soalan yang dikemukakan oleh pemerintah Baghdad, Adud AL Dawla, semasa menguji 50 orang saintis yang dipilihnya untuk membina hospital moden pertama di Baghdad. Menurut Ar Razi, caranya sangat mudah, beliau telah memacakkan ketulan daging di beberapa buah kawasan yang dipilih di sekitar Baghdad. Ssetiap hari saintis ini akan pergi melihat daging itu untuk mengetahui kontaminasi yang berlaku.

            Jika ketulan daging ini menjadi busuk selepas seharian diletakkan disitu. Ia menunjukkan kawasan itu tidak mempunyai kualiti udara yang baik. Manakala sesuatu kawasan yang baik akan menyebabkan daging lambat rosak untuk tempoh masa yang lama.

Secara teorinya, udara yang tercemar di suatu kawasan akan menyebabkan penyakit sukar melalui proses pemulihan. Selepas beberapa abad, saintis mengkaji teori ini. Mereka mendapati, ia sangat benar dan kualiti udara banyak mempengaruhi keadaan penyakit. Sebab itulah pada hari ini, kita boleh lihat institusi perubatan mengamalkan langkah pebasmian kuman dan kebersihan dalam proses operasi institusi kesihatan seluruh dunia.

            Berdasarkan kepada beberapa fakta, pelan lantai pembinaan Al-Adudi juga dirancang oleh saintis selepas mengambil kira pelbagai aspek agar kawasan ini mempunyai pengudaraan yang baik. Beberapa pembaharuan dibuat pada hospital ini di mana, ruang pesakit dibina agak tinggi dengan lubang-lubang angin yang membolehkan udara masuk. Menurut tulisan penulis barat seperti E.G Browne, pelan lantai al-Adudi menunjukkan , pesakit tidak ditempatkan dalam ruang-ruang khusus dan tidak bercampur aduk antara satu sama lain.
            Beberapa bilik khusus untuk merawat di sediakan. Antaranya bilik antonomi , bilik bedah dan bilik diagnosis selain wad pesakit. Setiap wad mempunyai ruang yang tenang dengan tingkap dan pintu yang menghadap matahari.
            Menurut tulisan Ar-Razi , muka pintu dan tingkap perlu menghadap matahari untuk membolehkan cahaya matahari masuk. Ini akan membolehkan proses membasmi kuman berlaku. Ternyata, apa yang diusahakan ini mempunyai asas yang jelas dan ia terus diterima dan dipraktikkan sehingga hari ini.
            Selepas kejayaan Ar-Razi , kemudiannya terkenal sebagai ahli perubatan ternama. Dia kemudiannya berkhidmat di beberapa buah hospital lain. Menurut buku al Fihrist, Ar-Razi memberikan rawatan percuma kepada pesakit dan banyak menderma kepada orang miskin. Berdasarkan fakta ini, Ar-Razi memulakan revolusi hospital awam percuma di dunia.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *