Tuesday, February 28, 2017

GOLONGAN YANG BEROLEH SYURGA

NAMA : NAJWA HAYATI BT MOHD YUSOFF
NO SIRI : 015

            Allah SWT mengemukan perilaku golongan pilhan yang amat berbeza daripada sikap golongan manusia yang ingkar terhadap perintah Allah SWT. Mereka ini melakukan ketaatan semata-mata kerana Allah SWT.
            Ayat ini memberikan isyarat bahawa amal-amal yang soleh tidak ternilai di sisi Allah kecuali apabila didahului dengan iman. Lantaran itu Allah SWT berfirman yang bermaksud “ Dan tidak pula termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang “.

            Ini membuktikan amalan yang dilakukan oleh orang kafir itu menjadi sia-sia dan tidak dikira di ahirat kelak. Amirul Mukminin Umar al-Khatab r.a pernah melihat dengan perasaan sedih tindakan seorang rahib yang hidup serba sederhana. Apabila umar ditanya , beliau mengatakan bahawa rahib itu sebenarnya menyeksa dirinya sendiri tanpa memperoleh balasan baik yang diimpikan di akhirat kelak.

            Manakala sifat golongan yang mendapat pujian Allah pula adalah kerana berkat kesabarannya menghadapi semua ujian daripada Allah sama ada berbentuk kesenangan ataupun kepayahan, dan kejayaannya menhadapi ujian syahwat dan golongan untuk melakukan maksiat.
            Berpesan-pesan untuk berkasih sayang pada ayat ini bermaksud semua bentuk amalan yang membawa seseorang kepada rahmat Allah SWT. Kasih sayang disini berkait rapat dengan Allah SWT , dan manusia, maksudnya berkaitan dengan hak Allah adalah kewajipan mentaati-Nya, dan yang berkaitan dengan makhluk pula adalah seperti saling menghargai, mengasihani, dan sebagainya.
            Kita diajar dalam hadis bahawa seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka dengan sikapnya kepada kucing yang dikurung tanpa memberi makan. Pada masa yang sama, bahawa wanita yang malang ini merupakan wanita muslimah, tetapi dia melakukan maksiat yang menyebabkan dia layak mendapat hukuman atas apa yang dilakukan.

            Banyak lagi bukti yang menunjukkan betapa pentingnya perhiasan sifat kasih dan menghargai makhluk yang Allah jadikan. Contoh-contoh yang dikemukan melibatkan haiwan, maka fahamlah kita bahawa  sikap penyayang terhadap manusia tentulah lebih-lebih lagi dituntut.
            Dalam ayat seterusya yang bermaksud “ ketahuilah bahawa orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan ), merekalah golongan pihak kanan ( yang akan beroleh syurga ). Dan ( sebaliknya ) orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri “.


            “ Kanan” yang dimaksudkan di sini merujuk kepada ketinggian dan keberadaannya di sebelah kanan Arasy Allah. Ia tempat tertinggi yang akan diperolehi manusia sebagai penghormatan kerana ketaatannya kepada perintah Allah di dunia.Sebaliknya “ kiri “ merujuk kepada neraka jahanam. Biasanya manusia merujuk makna kanan kepada kebahagian dan ketinggian, sedangkan sebaliknya merujuk kepada sesuatu yang kurang baik. Maka, akibat daripada kedegilan mematuhi perintah Allah, golongan ini layak menerima hukuman yang tepat seperti yang dinyatakan oleh-Nya dalam ayat yang terakhir ini. Tirai perbahasan ditutup sebagaimana rapatnya tutupan yang menutup api neraka.  

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *