DISEDIA OLEH:AIQIZNI BINTI YUSOFF
NO MATRIK :14021108
NO SIRI: 085
Salah satu isu yang hangat diperkatakan pada hari ini adalah berlegar tentang persoalan peranan masjid di dalam masyarakat. Terdapat berbagai persepsi umat Islam di negara ini tentang fungsi masjid, antaranya pandangan masjid hanya sekadar tempat beribadah, manakala persoalan politik tidak boleh dibincangkan di dalam masjid. Apakah persepsi tersebut mempunyai asasnya di dalam Islam? . Prof.Ahmad Shalaby telah menggariskan peranan institusi masjid semenjak zaman Rasullulah adalah seperti berikut: ia adalah tempat melakukan ibadat, tempat bermesyuarat, mahkamah menjatuhkan hukuman, institusi pengajian, balai pertemuan, tempat kegiatan kesusteraan, tempat perbincangan mengenai perihal ekonomi dan perdagangan dan tempat memutuskan urusan negara. Sidi Gazalba pula menyimpulkan institusi masjid di dalam Islam adalah pangkal tolak dan penghujung dari setiap segi kehidupan mereka.Dari keterangan di atas adalah tidak salah idealisme politik dibincangkan di dalam masjid tetapi ia mestilah berasaskan kepada nilai ketakwaan dan masjid tidak boleh sama sekali mengadakan kegiatan atau aktiviti kemasyarakatan (termasuk politik) yang boleh membawa pepecahan umat Islam (Zakaria Stapa, Fungsi dan kegunaan Masjid simbol perpaduan ummah).
Segala permasalahan umat Islam semasa seperti perbalahan dan perselisihan pendapat harus diselesaikan di dalam masjid melalui semangat syura. Masjid seharusnya menjadi badan bebas yang memantau semua kegiatan umat Islam yang berada dipersekitarannya dan mejadi mekanisme memupuk perpaduan umat Islam. Zakaria Stapa menyimpulkan piawian kegiatan masjid mesti didasarkan kepada tiga asas,iaitu: ketakwaan, perpaduan dan kesucian. Semua aktiviti dibenarkan di masjid sekiranya tiga piawian tersebut tidak dilanggar. Sekirannya masjid hendak dikawal, maka ia hendaklah diasaskan kepada pandangan al-Qur’an dan Hadis dan bukannya berasaskan pandangan manusia semata-mata. Menurut Al-Qadi Abu Bakar al-Arabi dalam kitab tafsirnya Ahkam al-Qur’a (Lihat Akbar Eklusif, 21-27 Feb, 2000), mengatakan; umat Islam dianggap merobohkan masjid sekirannya mereka menghilangkan fungsinya dan menghalang muslimin untuk melahirkan syiar dan kesatuan pendirian.Pemilihan Imam di dalam masjid mengikut al-Mawardi boleh dilakukan oleh pemerintah atau persetujuan ramai warga masyarakat yang berasaskan kepada syarat-syarat tertentu seperti hendaklah seorang yang Qari dan Faqih. Sekiranya terdapat dua orang calon imam, iaitu seorang yang qari tetapi tidak faqih, manakala seorang lagi adalah faqih tetapi tidak qari, maka al-Mawardi memutuskan yang faqih lebih layak dilantik menjadi imam.
No comments:
Post a Comment