DISEDIA OLEH:AIQIZNI BINTI YUSOFF
NO MATRIK:14021108
NO SIRI:085
Islam tidak boleh
dicampur adukan dengan politik
Isu tersebut seringkali kita dengar dan membacanya di dada-dada akbar dan media elektronik. Isu tersebut timbul sebahagian besarnya adalah akibat daripada pertentangan idealogi politik parti-parti politik yang terdapat di negara ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan di kalangan masyarakat. Sebenarnya slogan bahawa agama harus dipisahkan daripada politik bukanlah baru di dunia Islam. Ia berpunca dari fahaman Barat dan kejahilan umat Islam memahami world-view Islam secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak cuba melunakan istilah secular dengan memberinya makna yang positif agar ia semacam sesuai dengan Islam. Seperti membahagikan istilah sekular kepada dua, iaitu sekular negatif dan sekular positif. Ada pandangan yang lebih berani lagi dengan mengatakan Islam adalah agama sekular yang memisahkan persoalan politik dari agama . Pandangan tersebut dibuat oleh Shekh Ali Abd al-Raziq yang berasaskan kepada 4 alasan (Lihat:Mohamed S.El-Wa, On the political system of Islamic state, 1984):
i.Bentuk pemerintahan Islam boleh dalam apa juga bentuk sama ada otokrasi, birokrasi, monarki, republik, demokrasi dan lain-lain.
ii. Tugas Nabi hanya mengajak memeluk agama, bukannya untuk mengatur negara atau pemerintah.
iii. Islam agama persatuan.
Isu tersebut seringkali kita dengar dan membacanya di dada-dada akbar dan media elektronik. Isu tersebut timbul sebahagian besarnya adalah akibat daripada pertentangan idealogi politik parti-parti politik yang terdapat di negara ini dalam usaha mereka untuk mendapatkan pengaruh dan kekuasaan di kalangan masyarakat. Sebenarnya slogan bahawa agama harus dipisahkan daripada politik bukanlah baru di dunia Islam. Ia berpunca dari fahaman Barat dan kejahilan umat Islam memahami world-view Islam secara menyeluruh. Ada sesetengah pihak cuba melunakan istilah secular dengan memberinya makna yang positif agar ia semacam sesuai dengan Islam. Seperti membahagikan istilah sekular kepada dua, iaitu sekular negatif dan sekular positif. Ada pandangan yang lebih berani lagi dengan mengatakan Islam adalah agama sekular yang memisahkan persoalan politik dari agama . Pandangan tersebut dibuat oleh Shekh Ali Abd al-Raziq yang berasaskan kepada 4 alasan (Lihat:Mohamed S.El-Wa, On the political system of Islamic state, 1984):
i.Bentuk pemerintahan Islam boleh dalam apa juga bentuk sama ada otokrasi, birokrasi, monarki, republik, demokrasi dan lain-lain.
ii. Tugas Nabi hanya mengajak memeluk agama, bukannya untuk mengatur negara atau pemerintah.
iii. Islam agama persatuan.
iv. Rasulullah mengajak umatnya bersatu dan berjaya mempersatukan mereka.
Pandangan di atas telah ditolak dengan hebat oleh ulamak-ulamak Islam seperti Shekh Muhamad al-Khidr Hussein (Mufti Azhar), Prof.Abd Hamid Mutawalli dan lain-lain lagi.Sekiranya pandangan tersebut diterima, seolah tugas Rasulullah adalah sekadar mengajak manusia mentauhidkan Allah dan bukannya mengatur hidup manusia berpadukan hidayah daripada Allah.Pandangan tersebut juga bererti menolak sebahagian besar sirah Rasulullah yang memperlihatkan perjuangannya yang bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam di Madinah , antaranya melalui hijrahnya ke Madinah dalam rangka mewujudkan sebuah daulah Islamiah.Menurut Prof.Ismail al-Faruqi; “the most important aspect of the Hijrah is its creation of the Islamic state”, katanya lagi’ “…the state is inevitable for Islam. It is absolutely necessary for muslims to fulfill their Islamicity” . Ia juga merupakan essensi pengalaman keagamaan Islam yang menuntut pelaksanaan Islam dan mengubah ruang-waktu bagi memenuhi pola ketuhanan (Prof.Ismail al-Faruqi, The Hijrah: The Necessity of its iqamat, 1983) . Negara Islam menurut Muhammad Iqbal adalah “is the expression of Islam’s spirituality” yang perlu diperluaskan dalam kehidupan umat Islam.Kalau diterima pandangan yang membataskan fungsi agama hanyalah dalam persoalan keagamaan sepertimana interprestasi Shekh Ali Abd Raziq terhadap fungsi pengutusan Nabi Muhammad, samalah Islam dengan agama Kristian yang membataskan peranan Pope mereka dalam persoalan ritual semata-mata atau Pope hanyalah pemerintah dalam kerajaan spiritual.
Ada juga segelintiran masyarakat Melayu menyarankan agar nama Islam tidak boleh digunakan oleh parti-parti politik atau pertubuhan-pertubuhan bagi mengelakkan Islam diperalatkan oleh parti politik tersebut bagi mendapatkan pengaruh di dalam masyarakat. Pandangan tersebut berasaskan hujah bahawa terdapat pertubuhan-pertubuhan di luar negara yang menggunakan Islam melakukan keganasan terhadap orang lain.Disamping itu, ia bertujuan mengelakkan berlakunya perpecahan dan pertelagahan sesama Islam. Pandangan tersebut merupakan pandangan yang bias, prejudis dan tidak berasaskan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Pandangan tersebut hanya sekadar melanjutkan padangan negatif Barat terhadap Islam, kebencian terhadap gerakan Islam dan dibuat atas dasar penilaian rasional dan pengamatan sosiologi semata-mata. Kalau diterima pandangan ini, bukan sahaja pertubuhan politik tidak boleh menggunakan nama Islam, tetapi juga Bank juga tidak boleh dinamakan dengan Bank Islam dan nama orang-orang Melayu juga tidak boleh digunakan nama-nama Islam kerana alasannya ia masih melakukan kejahatan,kemungkaran atau tidak melambangkan hakikat Islam.
Kata nama Islam disandarkan kepada apa juga perbuatan, aktiviti dan gerakan adalah bertujuan untuk memberikan identiti khas dan hala tuju bahawa pekara tersebut dilakukan demi mencapai kehendak Islam mengikut kemampuan manusia. Kita mengakui bahawa terdapat kelemahan di dalam aspek penghayatan dan pelaksanaan Islam bagi pertubuhan yang menggunakan nama Islam. Sepatutnya kelemahan mereka itu harus diperbetulkan melalui semangat musyawarah, kritikan yang membina dan hujah yang rajih, bukannya dengan terus mengharamkan penggunaan nama Islam sepertimana kesilapan besar yang dilakukan oleh Turki di bawah pemerintah Kamal Atartuk dan diteruskan sehingga hari ini. Disamping itu, tidak pernah ada mana-mana ulamak yang mengeluarkan fatwa mengharamkan atau tidak menggalakkan penggunaan nama Islam atas apa juga pekara melainkan dengan jelas pekara tersebut adalah satu kemungkaran. Pandangan tersebut adalah jelas lahir dari kejahilan, kebencian , phobia dan finatik, bukannya berasaskan hujah yang autentik!.
Satu lagi alasan yang dikemukkan bagi golongan yang mahu nama Islam tidak digunakan dalam pertubuhan atau parti politik ialah alasan untuk menjaga kesucian Islam. Sebenarnya kesucian Islam terjaga apabila sistem Islam dinobat dan dilaksanakan di dalam kehidupan umat Islam. Islam hanya benar-benar terjaga kesuciannya apabila ada keazaman yang jitu di kalangan pertubuhan atau gerakan yang benar-benar mahu menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. Tidak ada maknanya kalau sekadar berselogan mahu menjaga kesucian Islam sedangkan segala tindak tanduk, pendekatan yang digunakan jauh dari kehendak ajaran Islam . Golongan yang masih berpegang teguh kepada fahaman sekularisme, sebenarnya mahu bertindak bebas di dalam apa juga tindakan mereka.Agama bagi mereka hanyalah penghalang kepada cita-cita dan nafsu tamak yang ada di dalam diri mereka. Justeru itu, mereka mencari berbagai dalih bagi memperlihatkan Islam sebagai satu agama yang tidak boleh dicampur adukan dengan persoalan politik dan sebagainya. Kalau politik tidak ada di dalam Islam bermakna Allah adalah bersifat jahil kerana menurunkan satu agama yang tidak lengkap dan tidak relaven dengan kehidupan manusia. Hebat sangatkah diri kita sehingga kita sanggup mengatakan Allah itu jahil !!!!.
2) Ulamak , Politik dan Kepimpinan
Ulamak di dalam Islam disebut sebagai pewaris para Nabi. Peranannya bukan sekadar menjadi imam di dalam sembahyang, membaca doa, mengeluarkan fatwa bahkan mereka adalah golongan yang mengambil alih fungsi Nabi sebagai pemimpin masyarakat Islam. Peranan mereka yang menyeluruh dan amat berat tersebut bukannya sesuatu yang baru di dalam sejarah dan tamadun Islam. Namun di dalam masyarakat kita hari ini ada golongan yang tidak menyenangi penglibatan golongan tersebut di dalam kegiatan politik. Mereka lebih suka melihat ulamak mengasingkan diri dari kegiatan politik dengan hanya menumpukan kepada persoalan keagamaan semata-mata. Sikap mereka itu samalah dengan sikap penjajah Barat semasa mereka menjajah dunia Islam dahulu. Ulamak yang hanya membataskan diri mereka dalam hal-hal kerohanian amat disenangi oleh golongan penjajah. Di dalam Islam, persoalan kepimpinan amat penting kerana ia menentukan pelaksanaan Islam sebagai satu sistem. Imam al-Mawardi di dalam kitabnya al-Ahkam al-Sultaniyyah menyebutkan “adalah wajib melantik ketua negara untuk menggantikan Rasulullah bagi melindungi agama serta mentadbir dunia dengan agama”. Tujuan pemerintahan Islam menurut Mohamad S.El-Wa ( On the political system of Islamic state,1984) adalah untuk terciptanya identiti Islam dalam masyarakat. Agar seluruh aspek penghidupan berpijak kepada prinsip-prinsip nilai-nilai Islam.Jelas disini, tugas ketua negara bukan sekadar meningkatkan sosio-ekonomi umat, tetapi yang lebih penting lagi memertabatkan agama sebagai satu sistem yang mengatur seluruh perjalanan hidup muslim.[2]
Oleh kerana kesinambungan Islam amat bergantung kepada pemimpin, maka Islam menetapkan pemilihan pemimpin tersebut harus memenuhi syarat seperti keadilan, ilmu yang membolehkan ia berijtihad dalam hal-hal yang berlaku serta mengeluarkan hukum, sempurna pancaindera, tidak cacat, mempunyai idea yang boleh memimpin rakyat ,menjaga kepentingan negara dan berketurunan mulia (al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah). Golongan yang wajar memikul tanggungjawab tersebut adalah golongan yang soleh seperti fatwa Ibn.Taymiah dalam kitabnya Ro’ul ma lam ‘an a’immatil a’lam, katanya: “kaum muslimin setelah memberikan wala’ (kesetiaan/ketaatan)kepada Allah dan Rasulnya, wajib memberikan wala’ kepada orang-orang mukmin sebagai ditegaskan oleh al-Qur’an, terutama ulamak yang menjadi pewaris para nabi dan dijadikan Allah sebagai bintang-bintang penunjuk jalan dikegelapan malam” (lihat,Dr.Yusof al-Qardowi, Fiqhul Iktilaf, 1995). Pandangan ini memperjelaskan adalah tidak salah bahkan tepat sekiranya ulamak melibatkan diri dalam kegiatan politik dalam rangka menjalankan amanah Allah. Namun, sekirannya pemimpin yang dilantik itu tidak mencapai taraf sebagai seorang ulamak adalah wajar menjadikan ulamak sebagai penasihat mereka di dalam menjalankan urusan negara seperti mana yang telah dijalankan oleh pemimpin umat Islam waktu silam.
No comments:
Post a Comment