Sunday, February 12, 2017

APABILA HATI TIDAK MAMPU MENANGIS!!

NAMA : SITI AMINAH BINTI ISMAIL
NO. SIRI : 068

Sesungguhnya tangisan adalah sebahagian kehidupan. Hidup dimulakan dengan tangisan, dicelah oleh tangisan dan akan diakhiri dengan tangisan. Detik kelahiran seorang bayi dimulai oleh tangisan. Setelah membesar dan menjalani kehidupan, pasti ada tragedy dan kesedihan, lalu aka nada tangisan. Kemudian setelah segala-galanya berakhir, mayat dihantar ke kubur juga dengan tangisan. Inilah kanvas kehidupan, sebahagiannya dilukis dengan tangisan.

Air mata ada kalanya penyubur hati, penawar duka. Itulah air mata yang terpuji. Mungkin kerana penyesalan terhadap dosa atau kesyukuran atas nikmat-nikmatnya. Ada kalanya air mata tanda kehinaan. Menjadi buih kekecewaan yang menyempit perasaan. Itulah air mata manusia yang putus asa daripada rahmat Tuhannya. Air mata itu terlalu hina bak air kotor yang tidak berharga. Bukankah Allah berfirman, “ janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tidaklah berputus asa daripada rahmat Allah kecuali kaum yang kafir,” (Yusuf :ayat 87)

Ada juga air mata yang berlinang kerana takut akan Allah. Umpama permata sangat indah. Teringat kita ketika suatu hari Abu Musa al- Asya’ri menyampaikan khutbah di Basrah. Dalam khutbah itu beliau bercerita tentang neraka. Lalu beliau menangis sampai air mata membasahi mimbar! Dan pada hari itu orang ( yang mendengarkan ) pun menangis dengan tangisan yang amat dalam.

Orang yang hampir dengan Allah pernah berkata “ tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali”. Seorang pendosa yang menangis kerana dosanya lebih baik daripada abid yang ujub dengan amalnya, lalu berkira-kira di syurga mana kelak Allah akan menempatkannya. Dia seolah-olah lupa pesanan Ibn ‘Ataillah al- Sakandari, “ kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih , lebih Allah sukai daripada satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur”.Oleh itu hati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama lagi. Dan ada tangisan yang menghentikan tangisan di akhirat nanti.

Jangan ketawa berlebihan kerana itu tanda lalainya hati dan jahilnya akal. Ketawa petanda kurangnya ketajaman ilmu dan merudumnya ketinggian wibawa. Manakala ketawa seorang jahil, akan semakin keras hati dan perasaannya.Seorang hukama bersyair, “ aku hairan dan aku pelik melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkannya.” Justeru, para salafussoleh menangis walaupun banyak beramal takut-takut amal itu tidak diterima oleh Allah. Sebaliknya, kita masih tega ketawa walaupun sedar diri masih tega dan suka melakukan dosa.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *