Saturday, February 18, 2017

RATU MEMBELI WAJIB BACA

DITULIS OLEH : ZIE AFNAN BINTI DAUD LATFI
NO SIRI : 032
Wanita ratu membeli? Kuasa membeli selalunya dikatakan milik wanita. Namun ini bukan fakta kerana ada sahaja golongan lelaki obses atau pantang melihat barang yang disukainya, pasti disambar. Seperti peminat gadjet atau alat aksesori kereta.
Pendek kata, setiap individu mempunyai pilihan untuk membuat sesuatu keputusan. Selera orang tidak sama. Berbeza-beza. Apabila menyebut tentang berjimat, ia berkait rapat dengan aspek pengurusan kewangan iaitu dengan mengurangkan ataupun meminimumkan perbelanjaan atau aliran keluar masuk duit sedia ada.
Persoalannya, bagaimana mahu menangguhkan kemahuan membeli atau berbelanja? Berikut dikongsikan beberapa tip sebagai panduan kepada wanita agar dapat berbelanja mengikut keperluan, bukannya kemahuan sekali gus dapat berjimat. Semoga membuka perspektif baru yang mampu menilai corak kuasa berbelanja khususnya wanita.

Kurus @ Sihat?
Pepatah ada menyebut, mencegah lebih baik daripada mengubati. Jadi bina mindset untuk ‘sihat lebih penting daripada kurus.’ Hendak sihat tidak semestinya perlu berbelanja ke gym, sebaliknya mulakan dengan menjaga pemakanan yang boleh dikawal dan rutinkan senaman di rumah. Cukup mudah! Mulakan hari ini, di rumah sendiri!
Namun, jika sesekali mahu ke gym, tidak mengapa. Rancang aktiviti dengan mengukur duit di poket sendiri.
Cantik @ Kemas?
Apakah perbezaan dua perkataan ini? Sangat berbeza, tidak semua yang cantik itu kemas. Tetapi setiap yang kemas itu pastinya cantik. Contohnya pakaian. Tidak semua pakaian yang mewah dengan aksesori sesuai untuk digayakan di sebarang majlis. Namun, jika memilih busana dengan konsep bersederhana, sesuai dengan majlis itu sudah cantik!
Justeru, dengan pilihan jenama pakaian hari ini pastinya membuatkan wanita rambang mata dan selera untuk membeli akan meningkat mendadak. Reward diri dengan membeli pakaian kegemaran sekali-sekala tidak mengapa, namun apa kata tetap cuba kuasakan diri dengan konsep mix and match pakaian sedia ada. Kita akan rasakan kelainan seolah-olah sedang berpakaian baru!

Sihat @ Segera?
Pastinya ketika sibuk, wanita akan tetap memilih untuk makan di luar. Namun, perlu diakui, tidak semua gerai atau restoran di luar menawarkan jaminan kebersihan dan cara memasak yang bersih dan sihat. Bijaklah memilih.
Namun, antara tip berjimat yang boleh dilakukan jika kita makan di luar adalah dengan membuat tempahan makanan yang susah atau mengambil masa lama untuk dimasak atau menggunakan bahan-bahan yang susah untuk didapati.
Jika sekadar menempah nasi goreng, lebih baik ambil masa untuk memasak sendiri di rumah. Di riumah, pastinya kita boleh mengawal penggunaan bahan seperti minyak, gula dan sebagainya. Seperkara lagi, makanan yang dipesan dipadankan dengan hanya air masak atau air kosong. Kita pasti akan tersenyum melihat perbezaan harganya.

Shopping @ Tulis Dan Shopping?
Selepas ini sebelum keluar membeli-belah barang keperluan, pastikan membawa bersama senarai barangan yang perlu dibeli. Tetapkan mindset. Belajar mengehadkan atau menghentikan perbelanjaan kecil yang hakikatnya memakan atau menyedut duit secara tidak langsung tanpa disedari.

Contohnya, semudah membeli air mineral di stesen minyak. Padahal kita boleh membawanya sendiri dari rumah. Nampak seolah-olah terlalu berkira-kira atau kedekut, bukan? Bukan, inilah antara perbelanjaan yang boleh dikurangkan. Belajar untuk tangguhkan kehendak. Tangguhkan kemahuan. Ingat, online shopping juga perlu dikawal. Jangan terbabas!

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *