Saturday, February 18, 2017

MASJID MUHAMMADI

Ditulis Oleh : Azlinda binti Nami (073 )
                     : Nor Nadzifah binti Muhamad (052 )
                     : Nusaibah binti Shafudin ( 055)
                     : Wan Noor Asilah binti Wan Razali (081)

                     : Zie Afnan binti Daud Latfi (032)

SENI BINA
·         Binaan terbuka berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua berwarna kuning cair dan coklat dengan kubah keemasan serta puluhan tiang besar dan arca itu menjadi mercu tanda bandar Kota Bharu.

·         Binaan konkrit yang masih berdiri gagah pada hari ini sebenarnya adalah bangunan baru yang didirikan menggantikan masjid kayu lama yang dikenali dengan nama Masjid Besar Kota Bharu.

·         Masjid Besar Kota Bharu didirikan pada 1867 dengan menggunakan kayu dari masjid asal di Kampung Sungai Budor seberang Paloh dekat sini yang dipindahkan bagi mengelak ancaman banjir.
Kemudian, pembinaan bangunan baru seluas hampir 1,000 meter persegi dengan empat menara setinggi 21 meter menggantikan bangunan kayu dimulakan setelah peletakan batu asas.
·         Keseluruhan bangunan kayu asal masjid itu dirobohkan sepenuhnya sekitar 1950-an dan kayu-kayunya dihantar ke beberapa masjid di daerah lain untuk digunakan semula.

SEJARAH
·         Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhamad Ke-IV, iaitu sultan yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Masjid ini juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan. Masjid yang menginjak usia ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan bangunan dan infrastruktur asas bagi keperluan lebih ribuan jemaah dari beberapa kawasan.

·         Pengajian ilmu ulama terkenal Tok Kenali pada zaman remajanya di awal 1880-an dan juga tempat beliau mengajar kitab bermula 1917 melalui sistem pengajian berasaskan kurikulum yang diperkenalkannya.

·         Nama Masjid Besar Kota Bharu kekal sehinggalah Almarhum Sultan Ismail membuat pemasyhuran nama ‘Masjid Muhammadi’ semasa merasmikan bangunan konkrit itu dipercayai bersempena gelaran ‘Sultan Muhammad’ yang digunakan leluhur baginda.

·         Bangunan baru memuatkan perpustakaan masjid untuk kemudahan ulama, guru serta orang awam membuat penyelidikan namun bahan-bahan perpustakaan itu akhirnya dipindahkan ke pejabat MAIK setelah Kompleks Islam Lundang siap pada 90-an.

·         Bangunan sebelah hulu yang menempatkan ruang solat jemaah wanita mengalami pengubahsuaian terakhir pada 1987 direkabentuk semula serupa dengan solat utama yang asal.

Binaan terbuka berunsur seni bina kolonial pra-Perang Dunia Kedua. Dua blok bangunan tambahan dibina di sebelah hilir (kanan) dan hulu (kiri) masjid masing-masing pada 1959 dan 1968. Saiz dan keluasan kedua-dua bangunan adalah serupa iaitu hampir 500 kaki persegi dengan kos pembinaan ditanggung pihak MAIK, kerajaan negeri dan hasil derma orang ramai. Pada 1976, satu blok bangunan yang lebih besar setinggi dua tingkat dibina  bersambung dengan bangunan tambahan hilir yang asal.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *