Thursday, February 23, 2017

ANTARA ‘TERLANJUR’ DAN ‘MELANJUR’

NOR AKASHAF BINTI MOHD UZITA
058
       Saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tidak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ink paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan- adegan sendiri.

 Couple penyumbang besar kepada pasangan yang ‘terlanjur’?

      Sebut pasal couple, pasti ramai tersenyum, topik yang acap kali dibincangkan di mana-mana web dan blog. Dahulunya, budaya ini hanya didominasi di kalingan remaja-remaja berumur 18 tahun keatas, tapi pada hari ini, anda boleh berjumpa mereka yang berumur 11 tahun pun sudah mempraktikkan budaya ini. Amat menakjubkan bukan? Seolah-olah budaya ini berkembang seiring dengan teknologi yang kian pesat membangun. Entah tidak dapat dipastikan datang dari mana, budaya couple dikatakan tiba untuk memenuhi fitrah naluri cinta mereka yang belum berkahwin. Pasangan ber’couple’ akan berusaha untuk mengenal hati budi masing-masing dalam tempoh-tempoh tertentu kononnya adalah untuk persedian dalam menghadapi rumahtangga. Dalam tempoh couple tersebut, mereka bakal mengecapi saat-saat  ‘bahagia’nya, maka timbullah perkataan-perkataan ‘mandi tak basah’, ‘tidur tak lena’, dan ‘makan tak kenyang’. Masing-masing sedang berada dalam keadaan angau, saling berhubung tidak kira berjumpa, ber’sms’, ber’yahoomessenger’ atau/dan ber’facebook’ untuk memenuhi perasan rindu yang terpendam dalam hati masing-masing. Proses ini berulang-ulang berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan lamanya dengan harapan tiba ke jinjang pelamin, namun malangnya kebanyakkan gagal. Apabila dikatakan tidak serasi, mereka akan putus. Begitulah berlangsungnya budaya ini, couple-putus, couple-putus, sehinggalah dikatakan serasi barulah mereka dikatakan yakin untuk ke jinjang pelamin.

      Kisah budaya ini tidak semudah ini sahaja, kebanyakkannya terselit dengan ‘peristiwa’ yang tidak tersengaja yakni apa yang kita panggil ‘terlanjur’apabila berlaku ‘peristiwa’ itu, pihak yang beruntung pastinya lelaki! Kerana mereka dapat ‘merasa’ pelbagai nikmat atas nama ‘CINTA’. Tetapi yang bakal merana, semestinya kaum hawa. Wahai kaum muslimat, tidak sedarkah kalian, disebalik anda semua mengejar cinta, para lelaki pula mengejar ‘cinta’ yang sebaliknya.

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (hadis Riwayat Muslim)

Akhir kata, istilah ‘terlanjur’ barangkali tidak sesuai digunakan kerana ianya seolah-olah suatu perlakuan yang tidak disengajakan. Jika mereka ber’couple’ bakal melalui proses-proses kearah ‘terlanjur’, lebih molek jika digantikan dengan istilah ‘melanjur’. Untuk apa ber’couple’ jika mereka memang mengetahuii bakal ‘tak sengaja melanjur’? Tepuk dada tanya Iman. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *