NAMA:
AHMAD MUSLIM BIN MOHD NAWI
NO.
MATRIK: 14021082
NO.
SIRI: 106
MENURUT laporan Kajian Pengesanan Graduan yang dikeluarkan
Kementerian Pendidikan Tinggi bagi tempoh beberapa tahun kebelakangan ini
(2011-2015), tidak menampakkan perbezaan yang ketara. Untuk tempoh lima tahun
tersebut, data menunjukkan purata 75 peratus graduan berada dalam kelompok
mereka yang bekerja. Sekitar 25 peratus lagi atau 1 dari 4 graduan menyatakan
mereka masih menganggur atau belum berjaya mendapatkan pekerjaan.
Melihat kepada trend tersebut, Pengarah, Pusat
Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti
Malaysia Terengganu, Dr Mohd Shaari Abd Rahman berkata, angka 25 peratus yang
masih menganggur, menunjukkan masalah pengangguran dalam kalangan graduan masih
belum punyai penyelesaian yang tuntas.
"Statistik tenaga buruh siswazah yang
dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, angka bilangan penganggur
siswazah berlaku peningkatan tahun demi tahun. Bagi tahun 2015 sahaja,
dilaporkan lebih 112,000 siswazah menganggur berbanding 108,000 pada tahun
sebelumnya.
"Walaupun peratusan siswazah menganggur
atau masih belum bekerja agak stabil bagi tempoh lima tahun, peningkatan dari
segi angka bilangan siswazah menganggur memberikan petanda bahawa berlaku
lebihan penawaran guna tenaga berbanding permintaan oleh industri dalam
pelbagai sektor," katanya.
Peningkatan graduan lepasan diploma atau ijazah
makin meningkat dek kerana penambahan pelbagai institusi pengajian tinggi awam
dan swasta di negara ini. Bukan menyalahkan institusi, namun bila makin ramai
graduan yang menganggur, ini tentunya memberi gambaran yang tidak elok pada
industri di Malaysia.
Untuk mengelakkan tahap pengangguran itu makin
meninggi, mahasiswa yang baru sahaja menamatkan pengajian perlu 'berbuat
sesuatu' untuk meneruskan kelangsungan hidup seterusnya membina masa depan yang
cemerlang. Bak kata pepatah “berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian”, “di mana ada kemahuan di
situ ada jalan" dan "nak seribu daya tak nak seribu dalih”.
Siapkan diri dengan pelbagai kemahiran
Isu Kampus minggu ini membicarakan tentang
pengangguran di kalangan graduan yang semakin meningkat saban tahun.
Isu kritikal sebegini bagaikan tiada jalan
penyelesaian. Walaupun industri menawarkan pekerjaan, namun ia masih belum
cukup untuk menampung permintaan graduan yang terlalu ramai.
Banyak faktor yang menyebabkan penuntut lepasan
universiti menganggur. Selain sikap siswazah itu sendiri yang terlalu memilih
pekerjaan atau pekerjaan yang ditawarkan tidak setaraf dengan kelulusan,
pemikiran seperti “akan terus menganggur selagi tiada kerja yang bersesuaian
dengan diri" antara penyebab pengangguran terus berlaku.
Menangani pengangguran sebegini bukan mudah
sebenarnya. Tetapi, ada perkara yang boleh mengubah mahasiswa daripada terus
menganggur seperti mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran insaniah (soft
skills).
Menurut Wikipedia, kemahiran insaniah merujuk
kepada ciri-ciri keperibadian, daya tarik sosial, kemampuan berbahasa, norma
peribadi, sikap kepekaan atau kepedulian serta sikap optimis seseorang.
Ia melengkapi kemahiran lahiriah (hard skills)
iaitu kemahiran yang berkaitan dengan keupayaan teknikal dalam pekerjaan dan
ilmu yang berkait rapat dengan sistem terkini.
Kemahiran insaniah mencakupi beberapa aspek
iaitu kualiti peribadi yang merangkumi erti tanggungjawab, kepercayaan diri,
kemampuan berinteraksi, pengendalian diri, integriti dan kejujuran.
Sekiranya graduan memiliki segala kemahiran
sebegini, insya-Allah, peluang terbuka luas untuk mereka memperoleh pekerjaan
kelak.
Untuk mahasiswa baharu yang akan memulakan
pengajian mereka bermula September depan, dinasihatkan supaya dapat menggunakan
sepenuhnya peluang yang ada di universiti masing-masing untuk menimba sebanyak
mungkin ilmu, di samping melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran yang
diperlukan dalam kehidupan kelak.
Kemudahan seperti yang disediakan oleh
Pusat-Pusat Pengajian, Pusat Pendidikan Asas Liberal (PPAL) selain aktif dalam
pelbagai aktiviti keusahawanan, kesukarelawanan, kebudayaan, kesukanan dan
lain-lain aktiviti anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), haruslah
dimanfaatkan sebaik mungkin oleh setiap mahasiswa.
Sewajarnya anda menggunakan tempoh tiga hingga
empat tahun yang berharga ini untuk menggilap potensi yang ada pada diri anda
untuk terus menjadi warganegara yang cemerlang setelah menamatkan pengajian
kelak.
Guna peluang semasa belajar
Peluang berada di institusi pengajian tinggi
haruslah digunakan sebaik mungkin oleh mahasiswa dalam membentuk keperibadian
seorang warganegara yang aktif memberikan sumbangan kepada agama, bangsa dan
negara.
Apabila mula bergelar siswazah dan berada di
pasaran pekerjaan, mereka haruskan mempunyai iltizam dan kesungguhan yang
tinggi di samping dapat menonjolkan kelebihan dan kemahiran unik menepati
kehendak majikan. Jangan mudah putus asa dalam usaha membina kerjaya cemerlang,
ambil peluang untuk terlibat dalam pelbagai bentuk skim latihan, sentiasa ambil
peduli tentang pelbagai maklumat kerjaya, sama ada oleh agensi mahupun Alma
Mater.
Sementara itu, dalam isu lebihan graduan dan
mengakibatkan majikan terpaksa 'demand' dalam mendapatkan pekerja, Pengarah,
Pusat Keusahawanan dan Kerjaya (CEC), HEPA, UMT, Dr Mohd Shaari, ada
pandangannya yang tersendiri.
"Ibarat pembeli mempunyai hak untuk memilih
barang yang ingin dibeli, sebagai majikan sudah pasti ingin memilih yang
terbaik untuk organisasi mereka. Dengan kepesatan pembangunan teknologi dan
sistem kerja yang lebih berkesan, pastinya majikan akan mencari
kelebihan-kelebihan ini untuk berdaya saing dalam industri.
"Kebanyakan majikan sentiasa meletakkan
pengalaman kerja sebagai salah satu syarat untuk mengambil pekerja. Untuk itu,
institusi pendidikan juga harus memikirkan untuk memberikan pendedahan dan
pengalaman bersesuaian kepada bakal graduan mereka," katanya.
Menurut penuntut Fakulti Filem Teater dan
Animasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Fatrim Syah Abd Karim,
pengangguran dalam kalangan mahasiswa masa kini berpunca daripada kurangnya
persediaan sebelum melangkah keluar daripada universiti.
"Pada tahun akhir pengajian, mereka
sepatutnya sudah mula merisik kerja yang bersesuaian. Bila sikap bertangguh ini
tidak dilaksanakan mereka kemudiannya hanya akan memilih kerja yang sesuai
dengan kelulusan.
"Antara lain, majikan masa kini juga
semakin 'demand'. Rata-rata majikan meletakkan syarat dan kelayakan yang
mungkin tidak dapat direalisasikan oleh graduan baharu. Ada di antara majikan
mahukan pekerja yang mempunyai pengalaman bermula setahun sehingga ke
lima tahun dalam pekerjaan yang dipohon. Sedangkan graduan baharu belum pernah
menjalani pekerjaan kecuali latihan praktikal," katanya.
Tambah Fatrim, meskipun ramai graduan yang selesa
memilih bekerja dalam bidang atau jurusan sama ketika di universiti, namun
tidak semua mahasiswa bersifat begitu.
"Kebanyakannya tidak begitu, tapi
tidak dinafikan sikap ini hanya akan menjerat diri kerana mahu menunggu kerja
yang sesuai sehingga membuang masa mereka. Disebabkan perkara inilah ramai
graduan tidak bekerja dan menjurus kepada pengangguran," katanya.
Akui Fatrim, sebelum memasuki universiti, dia
pernah bekerja di pelbagai tempat seperti hotel dan pasar raya.
"Pada saya, tidak semestinya dengan
berbekalkan ijazah, saya terus melompat ke atas, sebaliknya saya sanggup
menimba pengalaman baharu bermula dari bawah.
"Nasihat saya, graduan tidak boleh terlalu
'demand' kerana masih ramai majikan yang bertolak ansur dalam isu pekerja
baharu," katanya.
No comments:
Post a Comment