Saturday, February 25, 2017

ISLAM ADALAH TENTERA DAN FIKRAH


Ditulis oleh : Nor Hasmiza binti Mustafa
No siri : 019/ No matrik : 14021126

Tentera menurut bahasa moden adalah angkatan tentera darat bersenjata yang sentiasa patuh kepada peraturan,seterusnya istilah ini merangkumi angkatan tentera darat dan tentera laut.

“Umar bin Al-Khattab r.a,adalah orang yang pertama meletakkan tentera dibawah “majlis/jabatan”dan peraturan khas.Pada zaman Rasulullah saw tentera adalah terdiri daripada setiap orang Islam yang berkeupayaan untuk berperang di jalan Allah swt.Dengan itu,islam beserta setiap individu yang menganutnya merupakan tentera yang lengkap dengan segala ciri-ciri asasi dan pengkhususannya.Ia mengumpulkan mereka yang berkeupayaan untuk berperang dan memberi pelepasan kepada mereka yang uzur.

Ini bermakna Islam adalah kekuatan kerana tentera adalah kekuatan.Akan tetapi Islam menggunakan kekuatan untuk kebenaran bukan untuk permusuhan atau kezaliman atau meluaskan kuasa hak milik tanah untuk kepentingan pihak tertentu.Ia adalah kekuatan yang memelihara insan dari bahaya hawa nafsunya sendiri,syaitan dan musuh-musuh yang menganiayainya.

Ketenteraan menurut Islam bukanlah suatu paksaan ke atas setiap individu melainkan dalam keadaan darurah.Ini kerana berjihad di jalan Allah swt adalah ibadat yang dapat menghampirkan seseorang kepada Tuhannya.Ia bermujahadah di jalan Allah swt untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi,disamping ganjaran dan pahala dihitung oleh Allah swt.Jika keadaan sudah terdesak maka semua individu yang berkeupayaan dikumpulkan untuk dikerah berperang dengan arahan dari seorang pemerintah yang Muslim.

Sesungguhnya Islam dengan makna sebegini adalah tentera yang kuat,memelihara prinsip dan menjaga akhlak murni yang dibawa oleh ajaran Islam.Tentera Islam bekerja untuk menyebarkan menyebarkan di kalangan manusia,mereka juga memerangi kejahatan,kebatilan dan setiap perkara mungkar kerana ia adalah kepincangan yang memudaratkan dan memburukkan masyarakat Islam.

Tentera Islam berperanan sedemikian untuk membolehkan manusia menjalankan kehidupan yang mulia,yang layak dengan kedudukan insan,dan menuruti sistem yang disusun oleh Islam pada seluruh hal ehwal kehidupan dunia dan akhirat.

Tentera Islam menangkis serangan musuh yang sentiasa laparkan umat Islam dan melakukan kezaliman,sama ada permusuhan itu berbentuk kebendaan yang merampas tanah ataupun berbentuk maknawi yang mencabar method dan sistem.Adalah menjadi kewajipan kepada kepada tentera Islam untuk berhadapan dengan musuh-musuh.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *