Friday, February 17, 2017

Kematangan emosi


Disediakan oleh: Nur Amira Binti Abdul Halim
No. matrik: 14021134
No.siri: 072


Kematangan emosi ataupun kematangan dalam pengawalan emosi merupakan kebolehan seseorang untuk menahan diri daripada bertindak secara melulu mengikut nafsu emosi yang bersifat jangka pendek dan pentingkan diri.Seseorang yang matang emosinya mampu  untuk menganilisis emosi yang mendatang sebelum bertindak. Tindakan yang dilakukan berdasarkan apa yang terbaik untuk  nafsu diri. Atas asas ini, sebarang eksperesi emosi akan menjadi produktif dan tidak destruktif.

Seperti yang kita sedia maklum, kematangan seperti ini tidak datang dengan sendirinya tanpa usaha tarbiah(didikan) diri daripada tuan punya badan. Oleh itu, apakah antara usaha yang boleh kita lakukan untuk kita mencapai kematangan ini?Sebagai kaedah mudah, kita boleh capai kematangan emosi dengan belajar daripada individu yang tiada kemantangan emosi, iaitu kanak- kanak.kanak- kanak merupakan “guru” terbaik kita untuk mengajar kita tentang kemantangan emosi. Kanak-kanak boleh kita jadikan sebagai kayu ukur untuk menentukan tahap kemantangan emosi diri kita sendiri.

Pendek kata, jika eksperesi emosi kita lebih menyerupai kanak-kanak, maka mungkin kita belum mencapai kemantangan emosi yang sepatutnya kita capai. Kaedah ini boleh diaplikasikan untuk semua peringkat umur. Matang dari segi umur tidak bermakna kita matang daripada segi emosi.Daripada segi emosi, kanak-kanak menonjolkan ekspresi yang mentah dan tidak ditapis. Kanak-kanak lebih banyak dikawal oleh mereka. Ini mungkin berpunca yang menjadi tumpuan mereka setiap masa(egocentric).
Ego yang besar adalah normal pada zaman kanak-kanak, dan salah satu pencapaian zaman dewasa adalah mengherdilkan dan mengawal ego ini.Ego kita punyai kiblat yang satu iaitu diri kita sendiri. Fokusnya untuk melakukan apa sahaja bagi memuaskan diri sendiri.
Apa yang diri kita suka, itu yang dikejar kerana percaya itulah yang baik. Apa yang diri kita tidak suka,itu yang dielak kerana percaya itulah yang buruk. Inilah yang sifir mudah yang menjadi panduan bagi kanak-kanak. Bukan kerana mereka “jahat” ,tetapi kerana itulah naluri asal diri manusia.
Naluri asal ini dicipta oleh pencipta ke dalam diri setiap manusia. Tetapi, ia bukan dicipta untuk diikuti secara membuta tali. Ia dicipta untuk diperhalusi dan diperhambakan agar kiblatnya bukan lagi diri sendiri tetapi pencipta kepada diri  itu.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *