Friday, February 17, 2017

Bukan semua yang disukai itu baik


Disediakan oleh: Nur Amira Binti Abdul Halim
No. matrik: 14021134
No.siri: 072

Mereka yang matang akan sedar bahawa sifir tersebut bermasalah kerana tidak semua perkara yang disukai itu baik untuk kita dan tidak semua perkara yang tidak disukai itu buruk untuk kita. Tetapi bagi ego, baik buruk itu menjadi keutamaan. Bagi ego,asalkan diri sendiri puas hati, maka itu sudah mencukupi.
Oleh sebab itu, ego besar yang tidak terkawal akan mendorong diri untuk ekspresi emosi dalam semua bentuk perbuatan yang bertujuan untuk memuaskan hati, tanpa menghiraukan sama ada perbuatannya itu membaiki atau memburukkan lagi keadaan. Sekiranya kita faham perkara ini, maka tidak pelik apabila kita melihat kanak-kanak berpelakuan bukan-bukan.
Dalam banyak keadaan, kita pun tidak faham mengapa kanak-kanak berpelakuan begitu. Pada pandangan kita, perlakuan mereka itu hanya memburukkan lagi keadaan. Ini mungkin kerana meraka tidak eksperesi emosi untuk membaiki keadaan, tetapi mereka eksperesi emosi untuk memuaskan hati semata-mata.
Bertitik tolak daripada fahaman ini, maka kita dapat merumuskan, kemantangan emosi adalah kebolehan diri untuk eksperesi emosi secara produktif agar perbuatan yang dilakukan akibat emosi tersebut mampu membaiki keadaan. Bagi mereka yang matang emosinya, fokus utama adalah membaiki keadaan dan bukannya memuaskan diri sendiri.
Untuk itu, mereka yang matang harus belajar untuk membelakangkan ego mereka sendiri untuk memberi ruang kepada sesuatu yang lebih penting. Ada ketikanya, kepuasan diri harus dikorbankan agar keadaan dapat dipulihkan kepada asal ataupun menjadi tambah baik. Jika kepuasan diri sahaja yang menjadi tumpuan, maka dimanakah bezanya antara si dewasa dengan si kanak-kanak?


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *