Friday, February 17, 2017

Gambaran seksaan kubur


Disediakan oleh: Nur  Amira Binti Abdul Halim
No.matrik: 14021134
No.siri: 072


Sebagai seorang islam kita wajib mempercayai akan adanya azab kubur. Walaupun tidak disebutkan secara terperinci di dalam al quran, tetapi ada beberapa ayat yang menyentuh tentangnya secara tidak langsung. Antaranya, firman Allah s.w.t. yang bermaksud “ nanti mereka akan kami seksa kedua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar”,(al- taubah: 101)
Dalam ayat ini jelas menyebut bahawa Allah S.W.T.akan menyeksa orang zalim sebanyak dua kali, iatu sewaktu di alam kubur dan di dalam neraka. Demikian, juga yang Allah s.w.t lakukan kepada firaun yang zalim, sombong dan menjadikan dirinya tuhan dengan mengazabkannnya juga sebanyak  dua kali sebagaimana firman Allah yang bermaksud “ kepada mereka dicampakkan neraka pada pagi dan petang, dan pada hari terjadinya kiamat,” masukkanlah firaun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.”(al-mu’min: 46)

Daripada ibnu abbas katanya, Rasulullah s.a.w.melalui dekat salah sebuah kebun di madinah atau mekah lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah s.a.w. bersabda: “ mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara perkara yang besar. Kemudian baginda bersabda: benar sekali, salah seorang daripada meraka tidak  menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengancun( menghasut supaya bermusuhan). Kemudian rasulullah s.a.w. meminta supaya dibawakan pelepah tamar kemudian baginda membelahnya kepada dua lalu meletakkanya pada setiap kubur itu. Baginda ditanya: wahai rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: semoga itu akan meringankan daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau sehinggalah ia kering.”(hadis riwayat bukhari dan muslim)

Tambahan lagi banyak riwayat yang menggambarkan seksaan kubur. Antaranya gambaran keadaan tubuh manusia yang dihimpit di dalam kubur, digigit oleh binatang berbisa sepeti kala jengking dan sebagainya, dan dibalun oleh malaikat sehingga terbenam tujuh hasta ke dalam perut bumi serta berbagai-bagai lagi jenis seksaan.  Ini semua diceritakan di dalam hadis –hadis yang lain.
Jelaslah kepada kita bahawa seksaan dan azab kubur itu adalah perkara yang benar dan wajib kita beriman dengannya

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *