Friday, February 17, 2017

ISLAM AGAMA YANG SYUMUL

 Ditulis oleh :Nur fittir binti Razali
Nama penuh :Nur fittir binti Razali
No Siri :056
No Matrik:14021136




Islam berasal dari bahasa arab iaitu ‘aslama' .Dari segi bahasa ia bermaksud taat,patuh,berserah diri,selamat dan sejahtera.Dari segi istilah syara’ pula,Islam  memberi makna tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada allah S.W.T.dengan beriman kepadanya dan mengamalkan segala ajaran yang dbawa oleh rasulnya.Islam menurut pengertian khusus adalah agama yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Ciri-ciri keunggulan Islam
Islam adalah agama yang terakhir diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.W.T untuk disampaikan kepada seluruh makhluk akhir zaman.Ia memberi petunjuk kepada manusia kearah kebahagian didunia dan akhirat serta menjauhkan manusia daripada kemurkaan Allah S.W.T dan kesesatan.Islam adalah agama yang sesuai dengan naluri dan  fitrah  manusia,Ajarannya lengkap dan sempurna untuk kehidupan manusia pada setiap zaman. Islam adalah agama yang telah diiktiraf dan diterima oleh Allah.


Islam Bukan Agama Budaya
Agama Islam bukan agama budaya kerana agama Islam diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.W.T dan mempunyai kitab (al-Quran) sebagai panduan yang terkandung didalamnya peraturan-peraturan dalam menjalani kehidupan didunia dan untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T.Agama budaya adalah agama-agama yang diciptakan oleh manusia tanpa asas-asas dan pegangan keyakinan yang benar.Agama budaya juga tidak mempunyai kitab suci sebagai panduan dan peraturan untuk dan penganutnya.Semua agama budaya tidak diterima oleh Allah S.W.T dan ianya adalah salah.Sesiapa sahaja berpeganag dan mengikut sebarang agama budaya dianggap kafir biarpun dasar agama tersebut juga untuk membawa kebahagian kepada manusia dan menyeru kea rah kebaikan akhlak dan memupuk sifat mulia.
Islam Agama Yang Benar
Islam merupakan agama lengkap dan menyeluruh yang diturunkan oleh Allah S.W.T,pencipta segala makhluk di dunia ini.Ajarannya meliputi segala aspek kehidupan dan praktikal untuk semua zaman.Selain itu, ajrannya mencakupi semua perkara asas seperti adab makan,adab tidur,adab masuk tandas sehinggalah kepada perkara penting seperti pemerintahan negara, hubungan luar negara, dan sebagainya.

Bukti Kebenaran Islam
Islam adalah agama yang benar dan merupakan penutup kepada agama samawi.Ramai sarjana barat yang membuat kajian tentang agama mengakui kebenaran dan kesempurnaan Islam dan mereka akhirnya turut memeluk Islam.Kajian yang dibuat terhadap sumber utama Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah telah membuktikan segala maklumat yang diterangkan dan dinyatakan di dalam kedua-duanya sumber tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain.Selain itu,Islam juga terbukti mudah dan tidak memberatkan penganutnya.Terdapat banyak rukhsah (kemudahan) dalam menjalankan kewajipan yang diberikan kepada kaum muslimin ketika kesusahan atau dalam keadaan yang terdesak seperti berikut:
Selain itu,umat Islam dibolehkan berbuka puasa ketika dalam perjalanan jauh.Manakala untuk solat pula,sekiranya tidak terdapat air pada saat-saat tertentu ,mereka dibolehkan bertayammum dengan debu tanah yang bersih.Mereka juga dibolehkan memakan makanan yang haram dimakan semasa dalam keadaan darurat atau terdesak.Kebenaran Islam telah terbukti dengan jelas hasil penemuan saintifik yang dilakukan oleh para saintis barat yang mahir dan pakar dalam bidang-bidang tertentu.Banyak perkara yang disebut di dalam al-Quran telah diakui benar oleh mereka sedangkan perkara tersebut dinyatakan pada 1400 tahun yang lalu.
Keistimewaan Islam
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada semua penganutnya.Firman Allah S.W.T yang bermaksud; tidak aku utuskan engkau wahi Muhammad melainkan untuk memberi rahmat kepada seluruh alam.Jelaslah Islam diturunkan ke dunia untuk memberi rahmat kepada semua manusia.Ajaran  Islam teramat istimewa kerana ianya datang daripa Allah S.W.T yang maha mencipta,maha mengetahui,maha sempurna dan maha Agung.Ajaran Islam meliputi semua aspek kehidupan sama ada dari segi ibadat,muamalat,munakahat,akidah,akhlak, dan sebagainya.Agama Islam juga ternyata sesuai untuk semua zaman sama ada dahulu,sekarang, dan zaman akan datang serta sehingga hari kiamat.Ajarannya yang praktikal dapat diamalkan dengan mudah dan tidak memberatkan penganutnya.Berpandukan al-Quran dan al-Sunnah Islam mengglakkan pembangunan tamadun manusia.Kitab al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama umat Islam dalam pelbagai bidang.


UNSUR-UNSUR PENCEMARAN ISLAM
Sejak-sejak akhir-akhir ini ,Islam semakin terpinggir dan umatnya sudah tidak berpegang teguh pada syariatnya.Akidah umat Islam mula terancam akibat diracun oleh pemikiran barat yang lebih bersifat materialistic,individualistik dan pelbagai budaya negative.Hidup manusia semakin berubah akibat daripada perubahan masa dan proses kemajuan yang berterusan menyebabkan manusia mulai jauh dari agama .budaya barat mengambil alih dalam semua aspek kehidupan terutamanya di Bandar-bandar besar,sekali gus menyebabkan nilai-nilai Islam semakin terhakis.Oleh itu , umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati  terhadap unsur-unsur yang boleh membawa kepada keraguan terhadap Islam ,antarnya:
1.keraguan yang disuntik melalui lubang akidah yang tidak disedari.contohnya ,timbulnya persoalan tentang kewujudan tuhan dan ingin mengenali fizikalnya dan lebih lanjut.
2.menghuraikan kelemahan-kelemahan para rasul dengan menyatakan ketidak adilan  yang dilakukan oleh mereka.

3.Para orientalis sentiasa membuat kajian yang mendalam untuk menewaskan Islam dengan mencari 1001 kelemahan Islam.

1 comment:

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *