099 Muhammad Sofuan bin Shaberi 15021450
Negeri Kelantan terkenal dengan gelaran "SERAMBI
MEKAH" sejak zaman berzaman lagi.Ini kerana rakyat di Negeri Kelantan
sangat menitik beratkan ilmu agama sejak dari jenerasai terdahulu.
Pengenlan Kelantan sebagai "MEKAH" ada disebutkan dalam Salatus Salatin yang di tulis dalam Tahun 1312 Masihi oleh Tun Sri Lanang ( Sahabat karib Maulana Syeikh Nuru'ddin Arraniri ) adalah berhubung dengan Syarif Mekah yang mengutus Tok Longshe ( Long Ismail ) seorang yang bertaraf Aulia ke Negeri-negeri di Pantai Timur Sumatera . Adapun Tok Longshe ini sebenarnya Syeikh Ismail yang mengikut kebanyakan ahli-ahli sejarah ( dalam berpandukan hikayat Raja - Raja Pasai ) telah diutus oleh Raja Mekah ( Ditanah Arab ) mengislamkan Raja Pasai Maura Silu . Padahal "Syarif Mekah" yang sebenarnya ialah gelaran kepada Raja Kelantan iaitu Raja Sakarat atau Raja Aminuddun Datuk kepada Dewi Dugan atau Cik Siti Wan Kembang .

Gelaran Kelantan sebagai Serambi Mekah
adalah yang terhebat dari sudut menceritakan rakyat Kelantan secara ringkasnya
adalah begitu rapat dengan ahlul Makkah suatu ketika dulu, hingga kini. Gelaran
Tok Janggut pula melambangkan yang di Kelantanlah adanya pejuang Islam yang
mati sebagai syahid menentang penjajah Inggeris. Dari kalangan wanita atau
lebih hebat lagi sekarang kita gelarkan mereka muslimat, juga turut serta
menghunus keris berjuang sehingga muncul tokoh dan gelaran Kelantan negeri Cik
Siti wan Kembang. Di sudut yang lain pula, wujud tokoh-tokoh hebat seperti Tok
Kenali dan Tok Guru Pondok yang menjadikan Kelantan terkenal diseluruh negara
dan serantau dunia. Jika itu berterusan, memang layaklah kita gelarkan Kelantan
untuk abad ini sebagai Negeri Kecemerlangan Akhirat atau lebih mudah lagi
sebagai Kelantan Pusat Tusyen Akhirat. Inilah hasrat Allahyarham Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.
Selama memerintah
Kelantan iaitu lebih 18 tahun, banyak 'kaizen' berupa penambahbaikkan kepada
pentadbiran dan pemerintahan Kelantan telah di perkenalkan dibawah kepimpinan
beliau. Antaranya, yang paling unik ialah, mengadakan kuliah Jumaat waktu pagi
dipasar besar Kota Bharu untuk rakyat Kelantan yang pergi disitu untuk membeli
belah dipasar Jumaat disamping mendengar kuliah Tuan Guru. Program ini amat
popular diKelantan hingga bukan sahaja ianya dapat dimanafaat oleh rakyat
Kelantan dalam negeri, bahkan kini dapat di ikuti secara on-line oleh semua
rakyat di luar Kelantan secara global melalui internet, TVK.com antara jam 9:30
hingga 10:30 pagi, setiap Jumaat. Ribuan rakyat Kelantan hadhir setiap kali
ianya diadakan. Itulah nikmatnya. Allahyarham Tuan Guru mahukan rakyatnya
menjadi 'Tutor' kepada rakyat Malaysia lain untuk sama-sama berjaya dan
cemerlang di hari akhirat nanti.
Maklumat berguna, terima kasih
ReplyDelete