099)Muhammad Sofuan bin Shaberi 15021450
Pondok merupakan institusi pengajian
terawal di nusantara. Pondok yang terawal dibina adalah Pondok Pulai Condong di
Kelantan, sekolah pondok Pulai Manis di Kedah dan sekolah pondok Titi di
Terengganu. Sekolah pondok juga wujud di sekitar Tanah Melayu antaranya di
Pattani dan pasentran di Acheh.
Kalau dilihat negeri Kelantan mendahului sekolah pondok ini kerana
pengaruh Tok Kenali yang terkenal dengan ilmu agama yang tinggi dan digelar
sebagai Tok Guru. Sekolah pondok ini tidak dipengaruhi dengan ideologi sekular
tetapi lebih kepada duniawi dan akhirat.
Sekolah pondok di pelopori oleh golongan
tua dan pembelajaran melibatkan AlQurn dan Sunnah mengha"al doa, kitab-kitab
dan lain-lain lagi.
Pelajar dibekalkan barangan keperluan oleh
ibu bapa mereka sendiri contohnya makanan dan minuman, pakaian dan sedikit
wang.Terkadang ada pelajar pondok terpaksa mencari wang sendiri. Pendidikan di
sekolah pondok ini sebenarnya tidak mengarah kepada pekerjaan, kerana tujuan
utama mereka belajar ialah melepaskan kejahilan sendiri dan kerana perentah
daripada agama .Mereka juga lah, yang mana nanti akan mengajar masyarakat
tujuan sebenar kita hidup diatas muka dunia ini sebagai bekalan menuju akhirat.
Dari segi masa belajar tidak terhad contoh
pelajar-pelajar pondok belajar dari waktu subuh sehingga malam.Terdapat
kelebihan-kelebihan pada sekolah pondok antaranya ialah pelajar-pelajar pondok
biasanya dijemput ke rumah-rumah jika ada kematian. Selain itu, pelajar-pelajar
pondok dapat menghayati ilmu-ilmu akhirat sepenuhnya.
Terkadang berpuluh kitab yang dipelajari
oleh pelajar pondok dalam pelbagai jenis ilmu agama.Ini kerana,mereka yang belajar
pondok hanya mempergunakan waktu mereka untuk mendalami ilmu agama sahaja.
Dianatara
gambar guru yang mengajar di pondok
Guru pondok sangat dihormati dan disanjung
tinggi oleh masyarakat dahulu dan sekarang.Ini kerana mereka yang menjadi guru
pondok tidak pernah mengharapkan balasan wang ringgit,bahkan mereka mengajar
supaya masyarakat dapat mengenal agama dengan sebenarnya.
Kesimpulan nya,masyarakat kini sudah kurang
ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah pondok kerana semakin kurangnya
penghayatan kepada agama.Bahkan ada setengah ibu bapa menghantar anak-anak
belajar ke sekola agam bukan kerana Allah tetapi kerana pekerjaan untuk cari
makan di atas muka dunia yang sementara ini sahaja.
Gambar
pelajar pondok tahun1991
No comments:
Post a Comment