099)Muhammad Sofuan bin Shaberi 15021450
NAMA penuh beliau ialah al-Alim Allamah
al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah bin Syeikh Wan Idris
(juga dikatakan Wan Senik) al-Fatani. Ibunya bernama Wan Fathimah anak Wan
Salamah bin Tok Banda Wan Su bin Tok Kaya Rakna Diraja bin Andi (Faqih) Ali
Datok Maharajalela bin Mustafa Datu Jambu (Sultan Abdul Hamid Syah) bin Sultan
Muzaffar Waliullah bin Sultan Abu Abdullah Umdatuddin.
Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan
Tok Syeikh Daud Patani ini mempunyai lima beradik iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir,
Syeikh Wan Abdul Rasyid, Syeikh Wan Idris dan seorang adik perempuan namanya
Siti Khadijah bin Abdullah al-Fathani.
Syeikh Daud al-Fathani dilahirkan di
Kampung Parit Marhum, Kerisek, Patani. Kota Kerisek ini terkenal dalam sejarah
kerana di sinilah Maulana Malik Ibrahim iaitu salah seorang Wali Songo pernah
tinggal dan mengajar, sebelum berpindah ke Jawa Timur.
Tahun kelahirannya tidak dapat dipastikan
kerana terdapat perselisihan pendapat di kalangan penyelidik mengenainya. Dalam
catatan-catatan beberapa keluarga penulis yang ada hubungan dengan beliau, ada
yang mencatat tahun 1133 H, 1153 H dan tahun 1183 H.
Ayah Sheikh Daud iaitu Sheikh Wan Abdullah
dan datuknya Sheikh Wan Idris adalah ulama besar untuk zamannya. Sejak kecil
Sheikh Daud al-Fathani ditanam dan dididik dengan ajaran Islam oleh datuk dan
ayahnya.
Tambahan pula menjadi tradisi zaman itu di
Patani sentiasa diperkenalkan Islam sejak kanak-kanak lagi. Anak-anak yang
berumur lima atau enam tahun dipaksa supaya menghafal pengetahuan mengenal
Allah (ilmu tauhid), dan seterusnya diberi pelajaran nahwu dan sharaf juga
secara menghafal. Syeikh Daud al-Fathani telah melalui kesemua sistem
pendidikan tradisional yang ada di Patani pada ketika itu.
Pada peringkat awalnya Syeikh Daud berguru
dengan kaum keluarganya sendiri yang memang terkenal alim. Seorang daripada
mereka ialah bapa saudaranya, Sheikh Shafiyuddin.
Ada yang berpendapat bahawa Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaran asasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Sheikh Muhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.
Ada yang berpendapat bahawa Sheikh Daud al-Fathani menerima pelajaran asasnya di Patani selama lima tahun, kemudian ke Aceh belajar dengan Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi selama dua tahun. Sheikh Muhammad Zain al-Asyi adalah seorang ulama terkemuka di Kesultanan Aceh.
Setelah demikian lama beliau menuntut ilmu
pengetahuan, maka beliau pulang ke Patani untuk menyebarkan ilmu pengetahuan di
negeri tumpah darah sendiri. Namun timbul krisis peperangan antara Patani
dengan Siam pada ketika itu. Diriwayatkan bahawa beliau melibatkan diri dalam
peperangan itu, terjun secara langsung di gelanggang jihad fi sabilillah.
Apabila terjadi peperangan tersebut,
akhirnya beliau kembali ke Mekah bersama-sama beberapa pelarian politik. Sampai
di Mekah, beliau dilantik menjadi Ketua Sheikh Haji dan beliau adalah orang
pertama dilantik secara langsung sebagai ketua. Beliau juga melibatkan diri
dengan penulisan yang merupakan hobi beliau, di samping mengajar di Masjidil
Haram. Karangannya dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Arab.
No comments:
Post a Comment