Thursday, February 23, 2017

Buruknya Manusia Bermuka Dua


Ditulis oleh:Hasbul Yamin Bin Mohd Zin
No Matrik:14021084
No siri:113


Sifat bermuka dua atau bermuka-muka adalah sifat yang sangat buruk di sisi moral dan agama.
                 
Suatu perasaan yang menyakitkan hati jika kita dapat tahu bahawa seseorang yang kita kenali itu mempunyai sifat bermuka dua.  Di hadapan kita dia cakap sekian, tetapi di belakang kita dengan orang lain dia cakap lain pula.

Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam mencela sesiapa yang mempunyai sifat yang keji ini.  Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda:

“Sesungguhnya seburuk-buruk manusia ialah yang bermuka dua, yang mana dia datang pada suatu kaum dengan muka sekian, dan dengan kelompok yang lain dia bermuka yang lain.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, jelaslah kepada kita bahawa sifat bermuka dua atau bermuka-muka sangat dibenci oleh ALLAH Ta`ala, sehingga Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam mengatakan bahawa manusia yang bersifat sedemikian adalah seburuk-buruk manusia.


Manusia yang bermuka dua atau bermuka-muka ini boleh jadi bersifat demikian dengan tujuan untuk:

melagakan manusia,meraih keuntungan dari dua pihak atau lebih,mendapat perhatian atau sokongan dari dua pihak atau lebih,supaya dipandang mulia oleh dua pihak yang berbeza atau lebih,menyembunyikan kebenaran,dan sebagainya.

Sifat begini mesti dihindari terutama dari ia wujud dalam diri kita sendiri.  Menyedari bahawa kemungkinan terdapat sebahagian ahli masyarakat kita yang bermuka dua, maka sewajarnya kita sentiasa berhati-hati dengan maklumat dan berita yang kita kongsikan dengan seseorang.  Sifat bermuka dua sangat memudharatkan masyarakat, terutama jika sifat itu wujud dalam kalangan orang yang memimpin masyarakat.


Semoga ALLAH Ta`ala memelihara kita semua, amin…

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *