Saturday, February 18, 2017

KONSEP ALAM

DITULIS OLEH:NUR FITTIR BINTI RAZALI
NAMA PENUH:BUR FITTIR BINTI RAZALI
NO SIRI:056
NO MATRIK:14021136

               Dari segi bahasa, alam membawa maksud petunjuk,bukti atau tanda.Sementara dari segi syara’alam bermaksud makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T,yang bersifat sementara (fana).Ia termasuk segala yang ada di langit dan juga dbumi.Alam nyata (musyahadah) bermaksud alam duna juga alam benda yang kita dapati dengan mata kasar sama ada di muka bumi juga di langit.Alam ghaib (ghaibiyyah) ialah alam yang tidak dapat ditanggapi oleh akal dan pancaindera manusia tetapi dapat difahami dan diyakin dengan keimanan yang sebenar kepada Allah S.W.T.

                 Peringkat alam yang dilaui manusia dalam kehidupannya iaitu bermula dengan Alam Roh,Alam Rahim,Alam Dunia,Alam Barzakh,Alam Akhirat.Alam Roh adalah alam sebelum kelahiran manusia kedunia ini.Kumpulan Roh dinamakan arwah.Roh ini merupakan rahsia Allah S.W.T yang mana ianya tidak diketahui oleh manusia.Alam Rahim pula, ialah alam manuia berada di dalam kandungan ibu.Proses ini mengambil masa selama lebih daripada Sembilan bulan.selepas itu Alam Dunia,iaitu bermula sebaik sahaja manusia dilahirkan ke dunia.Disinilah manusia diberikan amanah sebagai hamba Allah S.W.T.Selepas itu pula Alam Barzakh,alam barzakh ialah atau alam kubur yang memisahkan seseorang antara dunia dan akhirat, sementara menunggu tibanya hari kiamat.Ia merupakan proses pertama perpindahan dari alamdunia menuju akhirat yang kekal dan abadi.Alam Akhirat iaitu alam manusia manusia dbangkitkan semula di padanf Masyar.Disinilah manusia akan dihisab dan diadili mengikut amalan masing-masing di dunia .

                   Selain itu,tujuan Allah menjadi alam ialah sebagai bukti yang jelas dan nyata tentang kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T.Ia diciptakan juga untuk menguji sama ada manusia itu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta dapat menjaga amanh yang diberikan dengan baik atau tidak.Allah S.W.T menciptakan alam ini adalah untuk kemudahan manusdia serta membolehkannya diurus dan ditakbirkan oleh manusia dengan mengikut ketetapan penciptanya.
                  Perbezaan alam ghaib dan alam musyahadah ialah alam ghaib merupakan alam yang tidak dapat ditanggapi oleh akal dan pancaindera manusia ,ia diciptakan untuk menguji keimanan manusia kepada Allah S.W.T,orang yang meninggal dunia sahaja yang dapat merasainya,manakala akal tidak dapat memikirkan dan mengkaji alam ghaib, dan kenikmatan yang diperolehi  di alam ghaib akan kekal selama-lamanya. Manakala alam musyahadah pula, merupaka alam yang dapat ditanggapi oleh pancaindera manusia ,ia juga dapat dimanfaati oleh manusia ,akal juga dapat menkgkaji, dan menyelidik alam ini, dan kenikmatan yang diperolehi di alam ini tidak kekal .
                          Kesimpulannya,hikmat beriaman dengan Alam Ghaib iaitu menjadikan seseorang hamba itu patuh dan taat kepada perintah Allah S.W.T.Manusia juga tidak akan melakukan perkara-perkara kemungkaran dan maksiat kepada Allah.Selain itu, ,mereka akan menjaga hubungan persaudaraan sesama manusia dan juga makhluk Allah S.W.T yang lain.Mereka juga akan melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas kerana Alllah tanpa mengharapkan sanjungan dan balasan.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *