Friday, February 24, 2017

Jurang Antara Generasi Muda Dengan Tua


Ditulis oleh: Nor Sholiha Bt Mohd Amin
No Matrik: 14021128
No Siri: 006

Dalam konteks masa kini, kedudukan orang muda khususnya golongan yang berumur di bawah 40 tahun kelihatannya seakan-akan sungguh istimewa dan mendapat perhatian daripada banyak pihak. Jatuh bangun agama, bangsa dan negara, seolah-olah terpikul di bahu mereka. Perhatian terhadap golongan muda dalam masyarakat bukanlah perkara yang pelik atau asing. Hal ini merupakan suatu kebiasaan khususnya di negara maju untuk menumpukan pembangunan golongan muda. Pembinaan golongan muda yang dinamik dan berilmu dari satu sudut ialah jaminan kepada keutuhan dan kewujudan sesebuah negara. Bak kata pujangga, untuk melihat masa hadapan sesebuah negara maka lihatlah generasi mudanya. Yang dimaksudkan dengan ‘ Jurang antara generasi ’ ialah kurang persefahaman dan kedua-dua generasi ini sering berbalah, bertengkar dan kadangkala menimbulkan permusuhan yang berpunca daripada sesuatu isu.

            Jurang generasi ini berlaku akibat daripada dua pandangan yang berbeza. Generasi tua terdidik  dalam suasana yang berbeza dengan generasi muda kerana terdapat banyak perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berlaku dengan rancaknya. Golongan muda mengetahui selok-belok penggunaan komputer dan alat-alat yang berkaitan dengan teknologi manakala golongan tua pula menghadapi kesukaran dalam menafsir perkembangan ini. Golongan muda sibuk dengan whatsapp, instagram, twitter, facebook dan lain-lain lagi manakala golongan tua pula masih bersembang di kedai kopi.

Di samping itu, penghijrahan generasi muda dari desa ke bandar juga telah menyebabkan jurang antara golongan tua dan muda bertambah besar. Banyak anak muda kita hari ini yang berhijrah ke kawasan bandar sama ada untuk melanjutkan pelajaran atau mencari pekerjaan akan mengalami kejutan budaya yang akan mendesak mereka untuk mengubah cara hidup mereka. Lambat-laun mereka terpengaruh dengan segala macam ciri dan nilai kehidupan di bandar. Usia yang muda dan naluri yang inginkan kebebasan dan keseronokan menyebabkan perubahan pada diri mereka berlaku pada kadar yang begitu cepat. Mereka mula menjauhkan diri daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Sebaliknya, mereka menjadi lebih akrab dan intim dengan rakan sebaya, teman lelaki atau wanita. Mereka tidak lagi dapat menerima nasihat orang tua, malah ada yang sudah tidak lagi mendengar nasihat ibu bapa atau generasi tua.

            Generasi tua amat mementingkan tradisi lama berbanding dengan generasi muda yang lebih kepada perkara yang moden, tidak terikat dengan kawalan tradidi dan adat resam. Dari segi ini, generasi tua sepatutnya dapat memahami cita rasa dan pandangan generasi muda dengan mengamalkan sikap terbuka melalui komunikasi. Usaha-usaha bagi merapatkankan jurang antara generasi ini haruslah dijalankan terutamanya bagi masyarakat Timur yang terkenal dengan kemesraan dan sopan santunnya. Misalnya, jika tidak ada atau kurangnya komunikasi boleh mengakibatkan berlakunya jurang antara dua generasi itu maka komunikasi yang sejajar dan semesra mungkin seperti bersemuka perlulah dipupuk sepanjang masa oleh kedua-duanya. Generasi muda dan tua perlu daling hormat-menghormati dan generasi tua perlu bertolak –ansur dengan kerenah generasi muda zaman sekarang.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *