Ditulis oleh
: Aminah Binti Awang@Ghazali
No. Matrik :
14021111
No. Siri :
064
Suatu ketika
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Allah, Allah, berkenaan sahabat-sahabatku !
Allah, Allah, bekenaan sahabat-sahabatku! Jangan sesiapa menyasarkan mereka sesudahku
nanti.
Sesiapa
yang mencintai mereka, maka dengan cintaku aku mencintai mereka pula. Sesiapa
yang membenci mereka, maka dengan kebencianku aku membenci mereka ! sesiapa
yang menyakiti mereka bermakna telah menyakitiku. Sesiapa yang menyakitiku bermakna
telah menyakiti Allah. Sesiapa yang menyakiti Allah, tunggulah Dia
mengazabnya!”
( Riwayat
Ahmad )
Keras
peringatan Nabi ini. Rasanya tiada siapa yang mengaku tidak mencintai sahabat
Nabi. Namun soalnya, adakah cinta itu asli atau sepi ?
Untuk
membuktikannya, tanyalah pada diri : “Berapa banyak kisah hidup mereka yang
kita tahu? Daripada beribu-ribu sahabat Nabi, berapa orang yang dikenali?” hal
ini kerana kita hanya menyukai lalu mencintai seseorang setelah mengetahui hati
budi dan jasa baktinya.
Perasaan
cinta akan sahabat Nabi ibarat anak yatim mencintai ayahnya. Biarpun tidak
melihat mereka, namun daripada cerita-cerita tentang ayahnya, membuatkan dia
bangga. “ Ayah kamu dahulu seorang yang rajin. Membantu orang tidak berkira.”
Lalu riwayat-riwayat ini hidup dalam dirinya.
Begitulah
seharusnya pengorbanan sahabat Nabi menjadi motivasi untuk kita berbakti. Bukan
sekadar cerita. Apatah lagi hasil-hasil jasa mereka masih utuh di depan mata
kita; mashaf al-Quran dan hadis-hadis Nabi.
No comments:
Post a Comment