Saturday, February 18, 2017

KESAN KENAIKAN HARGA BARANG

NAMA: SITI ROYHANAH BINTI MOHD ROSLAN
NO MATRIK: 14021163
NO SIRI: 078

 Di dalam suasana ekonomi dunia yang berubah-ubah dan tidak menentu, golongan peniaga dan pengguna di seluruh negara merasai kesan kemelesetan ekonomi global dan kenaikan harga barang-barang keperluan harian yang sedang berlaku.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi ini memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, minyak masak, dan tepung. Inflasi ini juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian di pasaran.

Kesan dan kadar inflasi yang tinggi ini memberikan impak negatif kepada pengguna di Malaysia terutamanya apabila masalah inflasi ini menyumbang kepada kenaikan harga barang-barang keperluan harian seperti gula, minyak masak, dan tepung. Inflasi ini juga menyumbang kepada masalah ekonomi sampingan seperti penyeludupan dan penyorokan produk keperluan harian di pasaran .Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara.

Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan. Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka.

Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja pekerja yang berpendapatan tetap.Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn erti kata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif  berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi. Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Kesan sosio ekonomi sememangnya teruk seperti yang pernah kita saksikan dan alamisebelum ini.

Kegiatan mengambil untung berleluasa dan pengguna menjadi mangsa eksploitasi peniaga. Peniaga dan badan korporat menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan. Pihak yang tidak mahu memikul beban kenaikan akan memindahkan lebihan kos kepada pihak lain, sama ada pembekal atau peruncit dan mangsanya adalah pengguna. Ada peniaga dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang sesuka hati. Sikap tidak bertanggungjawab ini adalah antara masalah utama yang memberi kesan negatif kepada sosio ekonomi serta menyekat kemajuan ekonomi negara.


Selain itu, peranan penting orang tengah dalam rangkaian makanan di mana mereka menentukan harga dan bekalan barang makanan yang dijual di pasaran. Orang tengah berada dalam kedudukan selesa kerana mereka menjana keuntungan besar daripada kedua-dua pihak (pengeluar dan pengguna).Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos pembuatan dan pemprosesan. Dijangkakan juga beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik.Sekiranya ini benar berlaku, keadaan yang meruncing dan mendadak ini akan menyebabkan rakyat yang kurang bersedia untuk menghadapinya terbeban. Terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan pengusaha kecil. Fenomena ini akan dianggap suatu yang ama tmembebankan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana melibatkan sumber bahan bakar ini.Antaranya ialah industri perumahan yang mana mengalami kesan tinggi terhadap kenaikan minyak. Bebanan kos perkhidmatan juga akan bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula terpaksa menaikkan harga barang yang dijual.

Kesannya, tekanan harga yang tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna. Masyarakat juga bertambah sukar. Dalam keadaan sekarang, masyarakat perlu mengambil pendekatan berhemah untuk menguruskan kewangan mereka.Seperti yang kita lihat sekarang, peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut daritempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran.

Kenaikan kos pengangkutandan kos pemprosesan tentunya akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut. Memang kerajaan boleh campurtangan denganmengumumkan dasar kawalan harga barangan, tetapi dari segi ekonomi, dasar campurtangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan. Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Ini antara sebab utama penggunaan bahan api terus meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika diteliti, mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter dilihat masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat.

Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam.Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap. Sememangnya, kenaikan harga barang memberikan impak yang sangat besar kepada kuasa membeli masyarakat.Masyarakat kini perlu lebih berhati-hati apabila ingin berbelanja dan perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi peningkatan harga barang

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *