Ø SITI NURSHUHADA BINTI KAMARUDIN
Ø 016
Ø 14021266
Firman Allah s.w.t ,maksudnya : “orang yang berusaha
bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya Kami akan
memimpin mereka ke jalan-jalan kami (menjadikan mereka bergembira serta beroleh
keredaan Allah) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah sama-sama
orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Al-ankabut 29:69)
Abu Sa’id
al-Khudri berkata bahawa Rasululah s.a.w pernah ditanya tentang jihad yang
paling utama. Lantas, Baginda menjawab, yang bermaksud ; “kalimat adil yang
disampaikan kepada pemerintah yang kejam”.
Abu Sa’id terus mengalirkan air matanya pada ketika itu juga.
Mutiara tasawuf kali ini akan
mebahaskan sifat mujahadah dan rahsia-rahsia yang terkandung di sebalik sifat
yang sangat dituntut oleh Islam ini.
Oleh kerana
mujahadah tidak dapat direalisasikan hanya menerusi kekuatan jasmani, maka
semestinya hati para hamba itu sentiasa dihubungkan dengan Penciptaannya agar
ia sentiasa hidup dalam naungan hidayah serta inayahnya.
Apakah definisi
mujahadah????????
Mujahadah
merupakan syarat utama dalam sebuah perjalanan hamba untuk mencapai makrifat
kepada Nya . keutamaan sifat ini banyak dinyatakan dalam al- Quran dan hadis. Ia
turut dibahaskan dengan mendalam oleh para ulama tasawuf dengan menyatakan
betapa sifat mujahadah ini wajib dimiliki oleh setiap insan.
Ibrahim bin Adham berkata : “
sesungguhnya orang hamba tidak akan mencapai darjat orang yang soleh sehingga
dia mampu mengatasi enam rintangan :
-
Menutup pintu nikmat dan
membuka pintu kesulitan.
-
Menutup pintu kemuliaan dan
membuka pintu kehinaan.
-
Menutup pintu istirahat dan
membuka pintu mujahadah.
-
Menutup pintu tidur dan
membuka pintu jaga.
-
Menutup pintu kekayaaan dan membuka
pintu kefakiran.
-
Menutup pintu angan-angan dan
membuka pintu kearah persiapan kematian”.
Sheikh Abu
‘Amru bin Najid berkata : “ sesiapa yang nafsunya memuliakan dirinya (kerana
tiada mujahadah pada dirinya ) , maka agama dan reputasinya akan menghinanya”.
Para ulama
tasawuf berkata : “ mujahadah terhadap nafsu ialah jihad akhbar dan jihad yang
paling utama dan terbesar kerana musuhnya tidak kelihatan”.
Mujahadah juga
perlu dibina , macam mana kita nak membinanya……..
Bagaimana
membina mujahadah????????
Setelah kita
memahami kepentingan mujahadah dalam membina takwa dan makrifat kepadaNya ,
seharusnya kita berusaha untuk membina kekuatan mujahadah menerusi
kaedah-kaedah yang telah dinyatakan oleh ulama menerusi pengalaman mujahadah
mereka yang telah merasai kemanisan hasil mujahadah itu sendiri.
Kita berdoa agar kita semua
dikurniakan hiadayah dan sentiasa dipimpin Allah kejalannya yang benar dalam
mencapai makrifat kepadaNya. Binalah mujahadah dalam diri, dan bermujahadahlah
dengan yakin akan janji Nya , in sya Allah akan terbit kemanisan daripada
mujahadah itu. Amin.
No comments:
Post a Comment