Saturday, February 18, 2017

KEPENTINGAN MEMBACA BUKU

DITULIS OLEH:NUR FITTIR BINTI RAZALI
NAMA PENUH:NUR FITTIR BINTI RAZALI
NO SIRI:056
NO MATRIK:14021136

         Membaca ialah satu aktiviti yang mendatangkan pelbagai faedah kepada pembaca.Amalan membaca boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang berfaedah,iaitu membolehkan seseorang itu mengetahui isi kandungan sesebuah buku,surat khabar dan lain-lain lagi.Membaca membolehkan individu mengetahui dan mengenali perkara-perkara yang berlaku di dunia ini.Sasterawan negara terkenal,iaitu,A.Samad Said  pernah mengatakan bahawa membaca diibaratkan sebagai kunci kepada gedung ilmu.Oleh itu,minat membaca haruslah dipupuk di kalangan masyarakat sejak awal lagi.  Membaca merupakan jambatan ilmu.Dengan membaca,kita akan memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.Oleh itu,semakin banyak yang baca dan pelajari,semakin tinggilah ilmu yang akan kita perolehi. dan semakin banyak perkara yang boleh kita fahami.Ingin saya katakan,bangsa yang mempunyai ilmu yang tinggi,akan dihormati dan disanjungi oleh orang ramai.Oleh itu,janganlah kita membazirkan masa yang emas ini dengan membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti melepak,merokok dan lain-lain lagi.

          Amalan membaca juga antara faktor kejayaan seseorang.Untuk pengetahuan anda, pelajar cemerlang SPM iaitu,Amalina,dikenali dan digelari sebagai perpustakaan bergerak.Hal ini kerana,dia sentiasa membawa buku ke mana sahaja dia pergi dan sentiasa menggunakan masa terluang yang ada  dengan membaca buku.Menurut kajian  yang dilakukan oleh pakar,90% orang yang ingin membaca mampu untuk menguasai ilmu akademik dan 50% mengakui yang mereka dapat menjawab semua soalan peperiksan.Maka,tidak dapat dinafikan bahawa amalan membaca ialah resepi untuk orang berjaya.

           Kita juga dapat mengisi masa lapang dengan baik apabila membaca.Bahan bacaan juga tidak sepatutnya terhad kepada buku teks sahaja tetapi,surat khabar dan majalah juga boleh dijadikan sebagai bahan bacaan.Masa yang terluang boleh digunakan oleh remaja-remaja untuk membaca dan ini dapat mengelakkan remaja daripada terjebak kepada gejala sosial.Membaca mampu melahirkan modal insan yang berguna seperti yang diingini oleh negara.

            Membaca juga membolehkan kita mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di negara dan di luar negara.Dalam  era globalisasi ini, kita boleh mengetahui pelbagai isu yang terdapat di dunia ini dengan melayari internet dan membaca surat khabar.Amat penting untuk kita mengikuti perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar negara.Isu-isu seperti bencana alam,peperangan dan lain-lain lagi merupakan isu yang boleh kita perolehi melalui membaca.Kesimpulannya,membaca dan mengetahui isu-isu semasa membolehkan kita tidak akan mudah ditipu pleh orang lain kerana sentiasa mengikuti perkembangan semasa.


             Kesimpulannya,membaca merupakan satu aktiviti yang mempunyai seribu kabaikan.Ada pepatah melayu,mengatakan`ilmu itu lebih berharga daripada emas dan harta'.Aktiviti membaca mampu menjamin masa depan yang cemerlang dan menampilkan imej yang tinggi di kalangan masyarakat.Oleh itu,saya menyeru orang ramai tanpa mengira agama agar manfaatkan masa yang terluang dengan membaca.

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *