DISEDIAKAN
OLEH: NUR AMIRA BINTI ABDUL HALIM(14021134)NO.SIRI: 072
NIK NOR IZZATI BINTI NIK MOHAMAD (14021121) NO.SIRI: 046
NORHIDAYATI ADAWIAH BINTI MOHD ARIFFIN (14021131) NO.SIRI: 084
SITI NOR NAJWA BINTI FAUZI (14021159) NO.SIRI: 070
SITI ZUNAIRAH BINTI ISMAIL (14021164) NO. SIRI: 071
Pada masa itu, Long Kundur bergelar
Raja Bendahara pada 1868 hingga 1886. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad II
pada tahun 1886, baginda digantikan oleh anakandanya Long Sulong yang memakai
gelaran Sultan Ahmad. Pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad, bangunan Istana
Jahar terus didiami oleh anakandanya Long Kundur. Baginda Sultan Ahmad tidak
lama memerintah Kelantan. Pada tahun 1889 baginda telah jatuh gering dan
mangkat. Apabila baginda Long Kundur menjadi Sultan Kelantan dengan gelaran
Sultan Muhammad III, Baginda tetap bersemayam di istana ini sehinggalah apabila
baginda mangkat setahun kemudian.
Pada masa adindanya, Long Mansur
menjadi Sultan Kelantan, baginda (Long Mansur) telah menjadikan Istana Balai
Besar pula sebagai tempat kediaman rasmi baginya menggantikan Istana Jahar
seperti pada zaman kekandanya, Long Kundor. Adalah menjadi seperti suatu
kelaziman pula bagi Raja-Raja pemerintah Kelantan untuk bersemayam di Istana
Balai Besar, manakala bakal pengganti Sultan bersemayam di Istana Jahar kecuali
pada zaman pemerintahan Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV. Pada
zaman pemerintahannya, Baginda Sultan Ismail tetap menjadikan Istana Jahar
sebagai kediaman rasmi Baginda dengan Istana Balai Besar sebagai pusat
pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan. Baginda Sultan Ismail adalah Sultan
Kelantan yang terakhir bersemayam di Istana Jahar ini.
Pada masa Baginda Long Senik menjadi
Sultan dengan gelaran Sultan Muhammad IV, Baginda telah menitahkan supaya
ditanam sebatang pohon Jahar di hadapan istana ini, dan sejak itu, mulailah
istana ini dikenali dengan namanya yang baharu iaitu Istana Jahar sehingga
sekarang.
Istana ini sempat terbiar dana
merana pada dekad-dekad 1960an dan 1970an. Namun tidak sampai runtuh seperti
Istana Tengku Sri Akar Raja berdekatan. Pada tahun 1980, KDYMM Sultan Ismail
Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra, telah mengampuni perkenan bangunan
Istana Jahar dipinjamkan kepada Kerajaan Negeri untuk dijadikan Muzium Negeri
Kelantan. Bagi mewujudkan sebuah Muzium Negeri, banyak kerja-kerja pembaikian
dan pengubahsuaian perlu dilakukan. Bangunan ini uzur. kerana terlalu lama
dibiarkan kosong dan tidak terurus. Begitu juga dengan kawasan sekitrnya yang
memerlukan kerja-kerja 'land-scaping' sesuai dengan pengwujudan sebuah Muzium
Negeri yang bakal menjadi pusat lawatan dan tarikan pelancong dari dalam dan
luar negara. Muzium ini telah dirasmikan oleh Raja Perempuan Zainab II pada 30
Mac 1981 dan mula beroperasi di Istana ini pada 1 Julai 1981.
Pada hari ini, berikutan Muzium
Negeri Kelantan telah berpindah ke bangunannya yang baharu pada 1990, iaitu
bangunan lama Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu di Jalan Hospital, Kota
Bharu, maka Istana Jahar telah diubahsuai bagi menjadi Muzium Adat Istiadat D'Raja
Kelantan.
STRUKTUR BANGUNAN
Sejarah perkembangan senibina merupakan
cermin kepada peradaban, kebudayaan, emosi dan falsafah hidup sesuatu bangsa.
Sejarah senibina juga dapat menjadi bukti nyata tentang kemahiran dan kemajuan
yang di capai dan secara tidak langsung dapat melambangkan identiti sesuatu
kaum @bangsa itu sendiri. Reka bentuk bagunan istana jahar ini adalah merupakan
gabungan antara dua pengaruh iaitu timur dan barat. Pengaruh daripada barat
jelas kelihatan pada bentuk atapnya di bahagian hadapan (anjung )istana jahar
Bentuknya berbeza dengan bentuk atap rumah
bujang atau rumah tiang dua belas masyarakat melayu negeri Kelantan. Begitu
juga dengan bentuk tiang –tiang yang
menyokong bangunan istana jahar. Tiang-tiangnya berbentuk cylinder, berbeza
dengan tiang rumah melayu yang biasanya berbentuk bulat atau pun empat segi
sahaja. Bangunan istana jahar di bina berbentuk empat persegi panjang dan mempunyai dua
tingkat.setiap tingkat mempunyai
keluasan yang sama dan di hubungkan melalui dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut
bahagian belakang istana jahar. Di bahagian bawah istana jahar ini terdapat
tiga ruang yang utama serta koleksi pameran iaitu:
RUANG SURUNG
Terletak dibahagian hadapan hadapan
berhampiran pintu masuk, memanjang ke bahahagian kiri dan kanan kira-kira 57
meter dan melebar ke belakang kira-kira 7 meter.Ruang ini dahulunya digunakan oleh
sultan untuk menyambut tetamu dan pelawat yang berkunjung ke istana. Kini ruang
ini digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis koleksi terkstil. Antaranya
ialah kain limar,kain limar songket, kain punca potong, kain aceh rosak dan
lain-lain.
Limar adalah satu perkataan jawa yang merujuk
kepada sejenis kain sutera. Perkataan ini dipercayai berasal limau. Nama limau
dipilih mungkin disebabkan warna kuning, jingga dan merah malar.
Kain limar ditenun sekitar tahun 1900. Sejarah
mencatatakan tanah melayu pernah mengimport sutera pada akhir kurun ke 18 dan
19 dari Combodia dan Thailand.corak halus pada kain limar songket. Manakala
yang menggunakan motif- motif kalimah ALLAH dikenali dengan kain limar ayat.
Kain limar biasanya dipakai oleh kaum wanita
sebagai kain selendang. Kain limar songket digunakan oleh golongan bangsawan dalam
majlis rasmi sahaja.
Kain limar ayat pula digunakan untuk menutup
keranda dan perhiasan, manakala kain limar biasa pula dipakai sebagai pakain
harian.
RUANG SERAMBI
Terletak dibahagian kanan dan kiri ruang
surung,dengan keluasan 5.17 meter panjang dan 7 meter lebar. Ruang ini
dahulunya digunakan sebagai tempat tinggal pengawal-pengawal tetap istana.
Kini kedua-dua bilik ini digunakan untuk mempamerkan
adat istiadat diraja. Bilik di sebelah kanan digunakan sebagai bilik bertunang dimana
segala peralatan dan perkakas yang digunakan semasa istiadat pertunangan
berlangsung dipamerkan.
Bilik
disebelah kiri pula digunakan sebagai bilik peraduan. Bilik ini digunakan oleh pengantin
diraja selepas istiadat persandingan. Berbagai jenis peralatan dan sajian kuih
muih untuk santapan pengantin juga dipamerkan.
UKIRAN KAYU
Kelantan merupakan salah satu Negara yang
kaya dengan ukiran kayu pada Masjid, Wakaf, Istana, Rumah dan sebagainya. Seni
ukiran kayu Kelantan didapati banyak persamaan dengan yang terdapat di Selatan
Thailand terutama dari Pattani.
Pada masa lapang, orang-orang Melayu
Kelantan menggunakan masa dengan peralatan-peralatan rumah sendiri seperti
gayung, rehal, Quran, pengukur kelapa dan sebagainya. Dalam masa itu juga
timbul minat mereka untuk menghiaskan alat-alat itu dengan mengukir corak yang
ringkas pada permulaan. Alatan yang digunakan juga terdiri daripada
senjata-senjata biasa seperti pisau, parang, kapak dan sebagainya.
Pada dinding-dinding bekas Istana zaman
Sultan Muhammad IV terdapat tulisan khat thuluth yang indah, ayat-ayat Al-Quran
yang diukir termasuk ayat dari surah Yaasin. Apabila seseorang itu menjadi ahli
ukir Istana, tenaganya diperlukan pasa bila-bila masa sahaja oleh Raja serta
pembesar-pembesar Negeri dengan disediakan keperluan minima bagi menampung
keluarganya. Rumah-rumah pengukir ditempatkan di sekitar Istana atau
rumah-rumah pembesar supaya mudah pengukir dijemput bila perlu.
Selain daripada itu, pengukir-pengukir kayu
Melayu bersama-sama dengan penduduk tempatan banyak mendirikan wakaf di mana
khidmat dapat diperhatikan pada serambi atau bumbung-bumbung wakaf. Sesuai
dengan masyarakat Kelantan yang dikenali dengan sifat keislaman dengan corak
yang dikenali hari ini sebagai “Tulisan Khat”.
RUANG TENGAH
Ruang ini dikenali juga sebagai Balai Tarik
yang mempunyai keluasan 57x25.47 meter. Ruang ini digunakan untuk acara –acara
rasmi seperti majlis perkahwinan, kesyukuran, tempat persembahan kesenian
seperti tarian dan nyanyian sebagai hiburan. Balai Tarik ini dipisahkan dengan
ruangan surung oleh dinding kayu yang mempunyai 3 pintu kecil. Dinding ini
dibuat daripada kayu cengal dan disusun mengikut motif janda berhias.
Kini ruang tengah ini digunakan sebagai
ruang utama untuk mempamerkan istiadat persandingan pengantin. Selain daripada
itu, ruangan tengah ini juga digunakan untuk mempamerkan berbagai jenis alat
perhiasan dari kaum wanita seperti gelang kaki, rantai leher, dokoh, kerongsang dan lain –lain.
Di bahagian dalam pula, tangganya diperbuat
daripada simen dan berbentuk bulat manakala lantainya daripada batu marmar. Di
tingkat dua pula, keseluruhan lantai dengan dinding bahagian dalam adalah daripada kayu cengal.
Pembahagian ruang dengan koleksi pameran iaitu ruang surung, ruang peraduan dan
pakaian. Ruang surung atau anjung ruang ini memanjang ke hadapan yang berukuran
20x8 meter. Ruang ini berlantaikan kayu cengal dan tidak berdinding dan hanya
dipagari dengan besi tuang yang berukir sehingga 1 meter yang mana fungsinya
adalah sebagai tempat beristirehat.
RUANG BILIK PERADUAN
Bilik ini berukuran 5.25x57 meter dan
dahulunya digunakan sebagai bilik peraduan raja. Di kiri dan kanan bilik ini
terdapat dua bilik kecil yang berfungsi sebagai bilik tidur putera dan puteri
sultan. Keseluruhan bilik ini diperbuat daripada kayu cengal dan di bahagian
atas dindingnya dipasang dengan ukiran tebuk tembus yang dikenali dengan nama
jelaja. Ianya berfungsi untuk mencantikkan pemandangan dan mengalirkan udara
agar keadaan di dalam bilik sentiasa nyaman.
Kini bilik peraduan digunakan sebagai balai
pameran untuk mempamerkan adat istiadat diraja di zaman dahulu. Bahagian bilik
peraduan diraja dipamerkan adat melenggang perut dan adat menyambut kelahiran.
Bilik yang kecil di sebelah kiri pula
digunakan sebagai bilik mandi berlimau bagi ibu yang lepas bersalin dan selepas
pantang. Manakala bilik sebelah kanan digunakan untuk mempamerkan peralatan dan
alat membelah mulut, bercukur, dan buaian putera dan puteri diraja.
RUANG PAKAIAN
Ruang ini terletak di sebelah kiri dan
kanan di antara ruang anjung dan bilik peraduan. Ruang ini berukuran 4.5x6.4
meter yang digunakan untuk menyimpan segala peralatan dan pakaian diraja.
Dahulunya, ruang ini mempunyai dinding di tepi yang membentuk seolah- olah
sebuah bilik. Bagi maksud menjadikannya balai pameran, maka dinding tersebut
telah dibuang. Di sebelah kanan ruang ini, digunakan untuk mempamerkan adat
istiadat memijak tanah putera dan puteri diraja. Di sebelah kiri pula,
digunakan untuk mempamerkan adat istiadat berkhatan bagi putera raja
Di antara ruang anjung dan bilik peraduan
ini terdapat satu ruang yang kosong yang tembus ke bawah. Daripada atas kita
dapat melihat ruang- ruang di bawah dengan jelas. Ruang ini berbentuk bujur
telur berukuran 10.06 meter panjang dan 3.33 meter lebar. Ruang ini dipagar
dengan besi tuang yang berukir setinggi satu meter. Fungsinya adalah sebagai
hiasan dan juga untuk kemudahan berhubung antara tingkat atas dengan bahagian
bawah tanpa perlu menggunakan tangga.
tesis ni hanya sampai sini or ada sambungan? sy pelajar tingkatan 6 ingin buat kajian ttg seni bina istana jahar. bahan ini boleh jadi rujukan kpd sy. ada lagi tak sambungan?
ReplyDelete.https://keep.line.me/s/Lb8uYYKl0c45XfYhErKpES9VipJoa6sXmUwle-HBC7I
ReplyDeleteWeb: almawaddah.info
Salam wa rahmah
Kepada;
Yang dihormati para akademik, para rektor universiti dan para mufti.
Tan Seri/Datuk Seri/Datuk/Datin/ tuan/puan
Tajuk: "Penukaran al-Qur'an dangan mazhab Ahli Sunnah Wal-Jamaah sebagai asas agama Islam oleh para Mufti Malaysia adalah "un-Islamic" . Rencana ini adalah bagi tujuan kajian dan renungan.
Sila layari laman: almawaddah.info
Tidakkah Islam itu rahmatan li -l-Alamin?
Terima kasih.
Daripada;
Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.
Kuala Lumpur
Malaysia.