Ditulis oleh: CHE NURYASIRAH BT CHE GHAFFAR
No.siri: 067
No.Matrik: 14021225
Kebelakangan ini kes penderaan haiwan semakin meningkat dan ia berlaku
di saat negara sedang menuju ke arah negara maju.Ini cukup menyedihkan kerana
ia seperti petanda bahawa semakin majunya Negara semakin menurun sifat
kemanusiaan masyarakat terhadap makhluk yang berada di bumi ini.Kekejaman yang
berlaku terhadap haiwan bagaikan tidak terbela apabila undang-undang yang ada
masih belum mampu mendidik masyarakat menjadi insan yang berihsan walaupun
tidak mewakili masyarakat majoriti.Terdapat banyak kes mengenai penderaan
haiwan dilaporkan pada setiap hari.Hal ini menunjukkan semakin hari semakin
hilang sifat kemanusiaan dalam diri pelaku. Haiwan-haiwan seperti kucing dan
anjing sering menjadi mangsa kepada pelaku yang bertindak kejam menyeksa dan
membunuh tanpa belas kasihan. Ke manakah hilangnya sifat perikemanusiaan?
Apakah manusia semakin hilang sifat belas kasihan sehingga sanggup melakukan
perbuatan sedemikian.
Pelbagai bentuk penderaan ke atas haiwan yang melibatkan kecederaan
kepada mata,hidung,badan,kaki dan sebagainya.Kecederaan seperti ini boleh
menyebabkan buta,tempang atau patah akibat dipukul.badan yang disirami air panas
ataupun asid.Contohnya jangan seksa haiwan seperti anjing dengan tambat mereka
pada tiang yang tidak terbumbung.Bayangkan pada hari yang panas terik dan
habanya memanggang kulit,pedihnya seperti mengoyakkan dermis dan epidermis anda,dan
anjing ini terikat disitu ,tidak boleh kemana-mana untuk berteduh.Ia sengsara
separuh mati,terseksa kepanasan.Sukakah anda jika diperlakukan sedemikian rupa?
Selain
itu, terdapat laporan akhbar mengenai warga Myanmar yang menjadikan kucing
sebagai lauk seharian. Mereka mengetuk kepala kucing sehingga mati sebelum
dimasak. Kulit kucing tersebut disiat dan mereka hanya mengambil organ dalaman
iaitu hati dan jantung untuk digoreng. Kes penderaan haiwan ini bukan sahaja
berlaku di Malaysia, malah di luar negara kes ini semakin berleluasa ibarat
“cendawan tumbuh selepas hujan.” Kes yang terbaru adalah mengenai 500 ekor
kucing yang akan dijadikan hidangan eksotik di restoran-restoran di China.
Daging kucing akan dicampurkan bersama daging ular untuk dimasak sejenis
hidangan tempatan istimewa yang digemari penduduk tempatan di China.
Contoh-contoh
penderaan haiwan yang dinyatakan ini menunjukkan isu ini sudah berterusan sejak
sekian lama. Kes ini tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya kerana dianggap
amalan biasa bagi sesetengah golongan. Penganiayaan haiwan yang dilakukan oleh
warga asing mungkin kerana perbezaan agama dan budaya mereka. Namun, hal yang
tidak dapat diterima adalah apabila masyarakat yang beragama Islam itu sendiri
yang melakukan kes penderaan tersebut. Ke mana hilangnya akhlak masyarakat
Islam yang sepatutnya berlandaskan al-Quran dan sunnah?
Penyeksaan
haiwan pada masa kini dilihat semakin berleluasa tanpa mengira tempat di dunia.
Contoh lain sifat keperimanusiaan yang semakin terhakis dalam diri manusia pada
masa kini adalah seperti yang berlaku di Korea Selatan. Hal ini dapat dilihat
dalam penyediaan hidangan popular di negara tersebut iaitu hidangan sotong
kurita hidup. Masyarakat Korea sering mengunjungi restoran yang menyediakan
hidangan sotong kurita hidup. Sajian yang dikenali sebagai sannakji oleh warga
tempatan itu dimakan bersama sedikit minyak, perasa dan sos. Sotong kurita
daripada pelbagai saiz itu dimakan dengan cara badan dan kakinya dililit pada
sepasang copstik sebelum dikunyah hidup-hidup.Hidangan yang dimakan dalam
keadaan sotong itu masih hidup dilihat sangat kejam. Keadaan ini sama sekali
tidak bertepatan dengan Islam yang menitikberatkan dalam layanan yang baik
terhadap haiwan. Dalam hal ini ditonjolkan oleh akhlak terpuji Rasulullah s.a.w
dalam melayan makhluk tuhan ini. Rasulullah s.a.w menuntut manusia melayan
haiwan dengan baik dan mengharamkan penganiayaan terhadap haiwan. Hal ini
berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Berbuat ihsan pada setiap roh yang masih
hidup terdapat ganjarannya” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Apa yang dapat dijelaskan,penderaan terhadap haiwan perlu dihentikan
dengan segera.Setiap pendera sewajarnya mendapat hukuman yang setimpal dengan
penderaan yang telah dilakukan.Perlunya kesedaran dari masyarakat untuk
menghalang penderaan dari berlaku jika terdapat kes sedemikian.Janganlah kita
hanya menutup sebelah mata seolah-olah tiada berlaku hanya kerana ia seekor
haiwan.Mereka juga berhak mendapatkan pembelaaan dari kita manusia yang dikurniakan
akal dan fikiran.Mulianya masyarakat itu kerana keperibadian yang penuh dengan
dengan sifat ihsan,kasih sayang dan keperihatinan.Majunya sesebuah negara
dilihat dari sejauh mana kemajuan minda dan peribadinya.Semoga kita mampu
menjadi masyarakat yang bertamadun dan berakhlak tinggi selain dari berilmu.
No comments:
Post a Comment