Ø SITI NURSHUHADA BINTI KAMARUDIN
Ø 016
Ø 14021266
Sebagai keturunan Afrika , Bilal mewarisi warna kulit hitam, rambut
kerinting dan tubuh yang tinggi. Fizikalnya mungkin sama dengan orang Habsyi.
Pada mulanya, Bilal adalah milik hamba Umayyah bin Khalaf, salah seorang
bangsawan Mekah. Setelah tuannya mengetahui keislamannya , Bilal kemudian
diseksa amat kejam. Penyeksaannya ini akhirnya mengundang reaksi daripada Abu
Bakar, yang kemudiannya membebaskannya dengan membayar sejumlah tebusan.
Tebusan inilah yang membuat Bilal mendapat gelaran maula Abu Bakar atau orang
yang dibeli untuk dibebaskan oleh Abu Bakar , bukan untuk dijadikan hamba
kembali.
Suatu ketika,
ketika Rasulullah s.a.w. wafat dan belum dikubur, Bilal mengundangkan azan.
Ketika Bilal menyeru, “Asyahadu anna muhammadarrasulullah”, orang yang ada dimasjid pun menangis . Dan
taktala Rasulullah s.a.w. telah dikebumikan, Abu Bakar berkata. “Azanlah wahai
Bilal” .
Bilal menjawab “
kalau engkau dahulu membebaskanku demi kepentinganmu, aku akan laksanakan.
Tetapi, jika demi Allah , maka biarkan aku memilih kemahuanku.
Abu Bakar
berkata “ Aku membebaskanmu hanya demi Allah”.
Bilal berkata “
sungguh , aku tidak ingin azan untuk
seorang pun sepeninggalan Rasulullah s.a.w.”
Kemudian, Abu
Bakar berkata “ kalau begitu terpulang pada kau”. Begitulah kedukaan yang
dialami Bilal setelah Rasulullah s.a.w. meninggal. Dia tidak mahu lagi azan
sepeninggalan Rasulullah s.a.w.
Sementara itu,
Zurr bin Hubaisy mengatakan bahawa orang yang pertama menampakkan keislamannya
adalah Rasulullah s.a.w., kemudian Abu Bakar,’ Ammar dan ibunya, Shuhaib,
Bilal, dan Miqdad. Rasulullah dilindungi bapa saudaranya, sedangkan Abu Bakar
dibela sukunya. Adapun yang lainnya, mereka diseksa oleh orang musyrik dengan
dijemur dalam baju besi di bawah terik matahari gurun pasir Arab. Dari semua
itu, yang paling teruk dihina adalah Bilal, kerana dia adalah yang paling lemah
posisinya di tengah masyarakat kota Mekah.
Orang musyrik
menyerahkan hamba ini kepada anak-anak untuk diarak beramai-ramai di jalan kota
Mekah. Namun, Bilal tetap tegar dengan selalu menyatakan, “ Ahad! Ahad!”
keteguhan iman Bilal memang luar biasa kerana dia mendapatkan pendidikan
langsung daripada Rasulullah s.a.w.
Dalam sebuah
riwayat diceritakan bahawa suatu ketika, Rasulullah s.a.w. datang kepada Bilal
yang disisnya ada selonggok kurma. Rasulullah bertanya, “untuk apa ini, Bilal?
Bilal menjawab
“ Ya, Rasulullah , aku mengumpulkannya sedikit demi sedikit untukmu dan untuk
tetamu –tetamu yang datang kepadamu.”
Rasulullah
s.a.w. bertanya lagi “ Apakah kamu tidak mengira itu mengandungi asap neraka?
Infaqkanlah, jangan takut tidak mendapat rezeki dari pemilik Arsy.”
Sementara,
Buraidah mengisahkan suatu pagi, Rasulullah s.a.w. memanggil Bilal. Baginda
berkata, “Ya Bilal, dengan apa kamu mendahuluiku masuk syurga? Aku mendegar
langkahmu di depanku. Di setiap malam aku mendengar langkahku.”
Bilal menjawab
“ Aku setiap kali berhadas terus berwuduk dan solat dua rakaat”.
Rasulullah
s.a.w kemudian menjawab “ Ya, memang dengan itu.”
No comments:
Post a Comment