Penulis : Wan Muhammad
Hafizuddin Bin Wan Radzmi
No Siri : 107
No Matrik : 14021222
Menghadap
dengan tempoh masa yang lama di hadapan skrin komputer, laptop, televisyen dan
sebagainya membuatkan mata kita penat dan jika hal tersebut dibiasakan tanpa
sebarang tindakan untuk mengatasinya, maka hal ini akan menjadi pencetus kepada
rosaknya mata anda,
Akibat sinaran
UV yang berlebihan, pendedahan kepada sinaran UV yang mengenai secara terus
kepada mata anda akan membuatkan mata anda rasa sakit. Hal ini juga menjadi
penyebab kepada rosaknya mata anda apabila mata anda terkena sinaran matahari
secara terus. Jadi sekiranya anda ingin melihat matahari secara terus, anda
disarankan supaya menggunakan alat-alat tertentu seperti kacamata hitam atau
seupamanya.
Menonton
televisyen terlalu lama dengan jarak yang dekat juga merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada rosakknya mata. Semasa televisyen dihidupkan, ianya
telah memaparkan pelbagai lapisan warna bermula dari yang halus hinggalah
kepada yang terang. Hal inilah yang menyebabkan mata kita kepenatan ketika
melihatnya dalam jarak
yang dekat.
Membaca
buku sambil tidur. Ketika anda membaca buku, sebolehnya elakkan daripada
membaca buku dalam posisi tidur kerana hal ini juga boleh menyumbang kepada
rosaknya mata anda.
Masih
banyak lagi sebenarnya faktor yang boleh menyebabkan kerosakkan mata anda. Maka
dengan itu, anda perlu menjaganya sebaik yang mampu. Jika anda telahpun
mempunyai mata yang rosak, anda perlulah segera mengatasinya dengan mengubah
beberapa tabiat buruk anda.
No comments:
Post a Comment