Wednesday, February 8, 2017

SENI BINA MASJID ULUL ALBAB

Penulis :          Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Radzmi, no siri(107), no matrik (1402122)
                        Muhammad Syarafi bin Shokri, no siri(102), no matrik(14021191)
                        Ahmad Muslim bin Mohd Nawi, no siri(106), no matrik(14021082)
                        Muhammad Hakim Bin Abdul Halim, no siri(114), no matrik(14021260)
                        Ahmad Salman Al-Farisi Bin Zahari, no siri(105), no matrik(14021198)


Ulul Albab adalah sebuah masjid kayu cengal yang terletak di Seberang Jerteh, Jerteh, Terengganu, Malaysia. Senibina masjid ini lebih menjurus kepada senibina Melayu  berciri Islam. Masjid ini juga dikatakan mampu untuk menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini merupakan hasil rekaan Wan Musatafa Wan Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan. Ianya telah dilengkapi dengan dewan solat, pusat sumber, kolah besar dan lanskap untuk kawasan rekreasi kepada orang ramai yang berkunjung mengerjakan ibadat di situ. Arkitek, Ar. Ahmad Hilmy Abdullah dari AHA Architect menyifatkan ianya merupakan permulaan kepada usaha menyuburkan seni bina Melayu Islam. Boleh dikatakan juga bahawa, keseluruhan binaan masjid ini banyak bermotifkan songket Terengganu.
Syarikat Mira Murni Sdn. Bhd., dipertanggungjawabkan bagi membinanya dan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Tiang dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen dan bersalut kayu. Masjid ini mengambil contoh senibina Masjid Kampung Laut Tumpat iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun.
Ia bercirikan masjid Melayu lama hampir sepenuhya yang lazim mempunyai dan lantainya ditinggikan dari paras tanah untuk mengelakkan air dan binatang daripada memasuki masjid.
Bumbungnya berbentuk atap tumpang, bertingkat tiga yang meruncing ke atas untuk melancarkan penyaliran air hujan agar tidak mudah mereputkan bahan kayu.
Di antara tingkat-tingkat bumbung terdapat ruang berbentuk jendela untuk penyaliran udara dan cahaya untuk menyaman dan memberikan keselesaan manakala dinding, jendela dan jejala menepati fungsinya.
Selain tiang utama bangunan masjid dan lantai menggunakan konkrit, Masjid Ulul Albab menggunakan 90 peratus kayu cengal di samping nyatuh dan bala bagi melapisi konkrit menggunakan kaedah tebuk pasak.
Tingkat bawah masjid dijadikan dewan manakala tingkat kedua adalah ruang solat dan selasar serta tingkat ketiga berfungsi sebagai perpustakaan. Turut dibangunkan dua tempat berwuduk dan tandas.
Wan Po atau nama sebenarnya Wan Mustafa Wan Su seorang pengukir ternama yang merupakan anak jati daerah ini dan diangkat sebagai Adiguru Ukiran Kayu Malaysia dipertanggungjawabkan memberi sentuhan kepada wajah masjid. 
Keseluruhan bangunan masjid dilapisi dinding janda berhias manakala 12 pintu utama ruang solat dihiasi corak awan larat dan pagar mimbar mengambil motif tenunan songket Terengganu.


No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *