NAMA: SITI NURUL NABIHAH BT MOHAMAD
No.siri : 012
Kegemilangan sebenar tamadun Islam ialah apabila wujudnya pencapaian sepadu
dari dua aspek utama : iaitu spritual dan material. Malah pencapaian dari sudut
sprituallah yang akan menunggaki pencapaian dari sudut material. Oleh itu zaman
yang paling ideal ialah zaman Rasulullah S.A.W. dan zaman Khulafa’ al-Rasyidin.
Hujah ini berdasarkan penegasan Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya: “Sebaik-baik
kurun adalah kurunku kemudian(kurun) selepasku dan( kurun) selepas itu kemudian
tersebarlah bidaah dan kata-kata tambahan”.
· KEROHANIAN
Para nabi khususnya Rasulullah S.A.W. telah diakui oleh Allah Maha Pencipta
sebagai manusia teragung. Keagungan Rasulullah S.A.W. adalah dinilai dari segi
keagungan kerohaniannya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun daripada
makhluk Allah di alam semesta ini. Pengiktirifan ini jelas terdapat dalam
Al-Quran. Kehidupan kerohanian Rasulullah S.A.W. adalah menjurus secara khusus
kepada mengutamakan kehidupan di akhirat daripada di dunia.
Allah menegaskan bahawa : “Rasulullah itu adalah contoh yang baik kepada mereka
yang mengharapkan pertemuan dengan Allah dan hari akhirat serta mereka yang
banyak mengingati Allah”Keagungan dan ketinggian kerohanian Rasulullah inilah
yang mengagumkan para sahabat, sehingga tidak terucap oleh bibir dan tidak
terlintas di hati mereka. Segala kegiatan dalam melaksanakan tugas kenabian dan
kerasulan yang meliputi semua aspek kehidupan adalah terpancar daripada asas
kerohanian yang tinggi. Gelaran Nabi itu sendiri menggambarkan peringkat
kerohanian yang teragung tidak mungkin tercapai oleh lain. Cahaya kenabiannya
sentiasa menaungi dan melindungi kehidupan para sahabat. Para sahabat telah
menwarisi kehidupan kerohanian Islam seperti yang terdapat pada Rasulullah
sendiri. Berkat naungan cahaya kenabian dan rahmat baginda. Para sahabat telah
menjadikan sudut kerohanianmya dalam roh al-Quran(atau dalam acuan Allah)
walaupun tidak sepenuhnya, kerana mereka tidak menjadi Rasul. Golongan para
sahabat inilah yang kemudian menjadi saksi kepada generasi kemudian atas sistem
kehidupan kerohanian Islam, sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah menjadi saksi
atas kebenaran sistem hidup kerohanian Islam kepada mereka.
· POLITIK
Kepimpinan politik Nabi Muhammad S.A.W. memang sudah terselah sejak baginda
masih di Kota Makkah lagi iaitu apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah
permindahan Hajarul – Aswad ke tempat asalnya di Kaabah.
Ekoran daripada itu berlaku pula peristiwa perjanjian Aqabah di mana baginda
telah menunjukkan sifat-sifat kepimpinan politik yang matang. Disamping itu
baginda berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura atau
musyawarah. Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua
bidang,khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Sebagai contoh pengadilan
terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura. lanjutan daripada
inilah suatu majlis syura ditubuhkan secara rasmi pada Zaman Khalifah Umar bin
al-Khattab.
Rasulullah membawa segenap penduduk Madinah ke dalam suatu peraturan politik
dan susunan pemerintahan negeri yang sempurna. Sebagai langkah yang pertama
untuk ini, lebih dahulu di laksanakannya susunan persatuan dalam kalangan kaum
muslim sendiri. Perhubungan kaum Muhajirin dengan kaum Anshar dipererat beliau
dengan mempersaudaraan mereka itu masing-masing.
Dengan rantai persaudaraan yang telah teguh ini dapatlah Rasul mengikat setiap
pengikut Islam yang terdiri dari bermacam-macam kaum dan khabilah itu di dalam
satu panduan umat yang kuat, bekerja bersama-sama, sehidup semati, sesakit dan
sesenang di atas asas persaudaraan agama.
Guna keamanan dan ketenteraman kota itu dibuat Rasul pula perjanjian
persahabatan dan perdamaian dengan kaum Yahudi yang berdiam di dalam dan
disekelilingnya Kota Yatstib. Dalam perjanjian ini ditetapkan dan diakui hak
kemerdekaan tiap-tiap golongan memeluk dan menjalankan agamanya Inilah salah
satu perjanjian politik di mana Nabi Muhammad memperlihatkan kebijaksanaan
sebagai ahli politik yang
ulung.
Dengan perjanjian ini dan perjanjian yang lain, wujudnya yang dibuat Nabi
dengan kaum Yahudi maka Kota Madinah dan sekitarnya dapat menjadi “Almadinatul
Haram” menjadi sebuah kota yang suci yang sebenar-benarnya, dimana setiap
penduduk menanggungjawab dan memikul kewajiban bersama-sama menyelenggarakan
keamanan dan guna berikut dan yang berikutnya…
· EKONOMI
Nabi Muhammad S.A.W. memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar
ekonomi zaman Jahiliah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan
bergerak aktif dalam urusan perniagaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari
kekayaan dan kesenangan di dunia diharuskan, asalkan tidak melibatkan riba,
faedah dan menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya. Firman
Allah S.W.T. :Maksudnya : “ Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan
riba”. ( al-Baqarah : 275)
Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Isllam. Sebagai
contoh, tanah yang terbiar hendaklah diusahakan semula, tanah yang tergadai
kepada kaum Yahudi mestilah ditebus semula dan dikerjakan, mempertingkatkan
usaha menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan
antara Makkah, Madinah dan Syam. Kegiatan menyekat aktiviti perdagangan kaum
Quraisy inin ada kaitannya dengan ekspedisi-ekspedisi pada zaman Nabi Muhammad
S.A.W.
Rasulullah S.A.W. telah mengemaskinikan pugutan zakat, cukai ghanimah, fai’ dan
kharaj. Dengan cara ini masyarakat Islam dapat memecah jaringan kewangan
golongan Yahudi yang memerangkap orang-orang miskin Ansar dan Muhajirin dengan
memberi pinjaman atas kadar faedah yang tinggi. Rasulullah S.A.W. kemudiannya
mengasaskan sistem penguatkuasaan untuk mengelakkan sebarang bentuk penipuan
dan penyelewengan oleh umat Islam.
· DAKWAH
Tanpa dakwah tidak mungkin Islam boleh berkembang. Setelah kedudukan Madinah
stabil Rasulullah S.A.W. ber tindak mengirim para pendakwah keseluruh pelusuk
Semenanjung Tanah Arab dan negara-negara berjiran mengajak mereka kepada Islam.
Bagindalah selaku guru telah memberi latihan intensif kepada para pendakwah
terutama dalam membaca ayat-ayat al-Quran agar ia dapat diterima dan disebarkan
dengan baik.
Baginda telah mengambil langkah awal setibanya di Madinah dengan membina sebuah
masjid untuk tujuan bersembahyang dan membincangkan masalah-masalah sesama
mereka. Selain itu juga mempersaudarakan orangyang berhijrah dari Makkah ke
Madinah sendiri. Orang yang berhijrah dari Makkah digelar ‘Muhajirin’ dan orang
Madinah yang memberi bantuan dipanggil ‘Ansar’.
· KETENTERAAN
Tidak ada satu pasukan tentera tetap ketika pemerintahan Rasulullah S.A.W.
Peperangan awal yang berlaku adalah bersifat mempertahankan agama dan
penyebarannya, nyawa, harta benda dan maruah umat Islam bukan atas dasar
kepentingan politik, ekonomi, dan social semata-mata. Jesteru itu sebarang
pengambilan, pemerintahan dan gerakan ketenteraan adalah bersifat
sukarela.
Baginda telah menujukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.
Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya, bagindalah yang menjadi
pemimpinnya. Asas kepimpinan baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau
lainnya adalah berdasarkan akidah, syariah dan akhlak yang mulia
Baginda juga boleh dianggap seorang panglima tentera dan ahli stratergi dalam
bidang ketenteraan. Dengan ilmu dan pengalamannya yang luas dalam bidang
ketenteraan, baginda telah berjaya merangka taktik dan stratergi ketenteraan.
Nabi sentiasa berusaha mendapatkan pendamaian serta menyinkiri dan menyinkirkan
peperangan. Beliau tidak mahu menggunakan kelewang, kecuali kalau terpaksa
membela kemerdekaan itu sendiri, kemerdekaan agama dan keyakinan. Inilah wujud
firman Allah dalam surat Alhaj ayat 39, sebagai ayat yang pertama sekali
diturunkan berhubung dengan peperangan.
“Mereka yang diperangi dalam keadaan teraniaya diizinkan untuk melawan. Allah
kuasa menolong mereka”.
Usaha yang mula-mula sekali dikerjakan Rasulullah S.A.W. di Madinah ialah
mendaya-upaya supaya kemerdekaan kepercayaan dan kemerdekaan berfikir terjamin
dalam erti yang sebenar-benarnya. Dan hanya guna menjamin kemerdekaan itulah
sahaja peperangan diharuskan. Untuk membela kebenaran dan melindungi
kemerdekaan kepercayaan, kaum muslimin diharuskan mengangkat senjata membasmi
musuh-musuh sampai orang tidak terganggu lagi memeluk kepercayaannya dan sampai
jangan ada lagi orang teraniaya kerana kepercayaan dan kerana fikiran agama
yang dipeluknya.
No comments:
Post a Comment