Penulis : Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Radzmi
No Siri : 107
No Matrik : 14021222
Masjid
seharusnya mampu untuk memainkan peranan sebagai sekolah kedua remaja, di mana
di sini remaja akan di tarbiyah pada aspek jasadiyah dan kerohanian. Pada
peringkat tersebut seseorang individu dapat membezakan dirinya daripada alam
kanak-kanak dan bersedia untuk melangkah ke alam dewasa. Peringkat umur
tersebut bermula ketika individu berumur 13 tahun yang menandakan bermulanya
cabaran dan perkembangan seseorang individu itu. Pada masa ini wujud
tanda-tanda kematangan dari segi fizikal, pertumbuhan keinginan seksual,
keinginan membuktikan kejantinaan masing-masing dan kesedaran tentang keperluan
kerjaya.
Oleh
yang demikian, zaman remaja merupakan satu tempoh yang penuh dengan kekeliruan,
konflik dan krisis terutama berkaitan dengan diri kerana berlaku perubahan
besar dari sudut biologi. Pada ketika ini remaja sering dihambat oleh sifat
ghurur , iaitu penyakit tertipu oleh perasaan sendiri. Konsep kendiri yang
lemah membentuk hipotesis identiti yang lemah, ditambah pula dengan gelombang
arus kemodenan dan kemaraunya asas pendidikan agama dalam diri telah menjadikan
remaja sekarang berada pada tahap yang kritikal dari sudut akhlak dan
keperibadian.
Justeru itu,
institusi masjid perlu memainkan peranan semaksimum mungkin dalam usaha untuk
menjadikannya sebagai sekolah kedua remaja atau khususnya lagi, sebagai medan
pentarbiyahan jasadiyah dan kerohanian remaja agar hasil daripada tarbiyah yang
telah diterima akan mampu menjadi perisai kepada remaja untuk menangkis setiap
panahan cabaran dalam melalui mehnah dan tribulasi kehidupan pada masa yang
mendatang.
Antara
yang boleh dilakukan ialah, mengadakan program-program motivasi atau muhasabah
yang sesuai untuk kalangan remaja, menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti
ekspidisi, perkhemahan, olahraga, program-program hiburan dan kesenian islam
dan sebagainya. Selain daripada itu, pihak pentadbiran masjid boleh menubuhkan
satu kelab khas untuk remaja-remaja masjid. Memanfaatkan tenaga dan idea remaja
dalam menganjurkan aktiviti-aktiviti dan program-program masjid. Dengan ini,
remaja-remaja akan merasakan bahawa diri mereka juga mempunyai kepentingan
dalam mengimarahkan masjid di tempat masing-masing.
Disamping itu,
melalui penglibatan para remaja ini dalam aktiviti-aktiviti ataupun
program-program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan masjid, secara tidak
langsung dapat mendedahkan remaja-remaja ini akan keadaan sesebuah program atau
aktiviti yang dianjurkan mengikut lunas-lunas syari’at Islam. Di sinilah secara
tidak langsungnya juga membawa agenda tarbiyah dalam diri remaja-remaja melalui
pemerhatian dan penglibatan mereka, mereka dapat merasai sendiri dan mampu
membuat perbandingan, sekaligus dengan izin Allah s.w.t tidak mustahil
remaja-remaja inilah suatu masa nanti yang akan menjadi “real supporter” kepada
pengimarahan dan pembangunan institusi masjid.
No comments:
Post a Comment