Penulis : Wan Muhammad Hafizuddin Bin Wan Radzmi
No Siri : 107
No Matrik : 14021222
Kitab
turath merupakan produk atau karya yang diwarisi secara lisan atau tulisan
kepada umat Islam yang mana usianya mungkin mencecah lebih seratus tahun. Sebahagian
pendapat mengatakan bahawa ianya ialah ilmu dan tulisan hasil
pandangan-pandangan penulis zaman berzaman.
Antara
kepentingannya ialah kitab turath merupakan antara sumber2
utama dan mempunyai nilai yang
tinggi dalam bidang ilmu agama Islam seperti aqidah islam, fiqh islam dan
tasawwuf islam yang penting ke atas
setiap muslim itu mempelajarinya sebelum mereka mempelajari ilmu-ilmu lain seperti ilmu-ilmu moden.
Selain
itu, kitab turath juga merupakan wasilah dan juga satu peluang untuk mendekati
para ulama kerana kebiasaannya penulis kitab turath dari kalangan para ulama
dan orang-orang soleh. Ini bermakna, kita boleh mengenali diri ulama atau
penulis tersebut dengan mempelajari karya dari mereka. Dan kita juga dapat
memperoleh ilmu dengan cara yang jelas dan detail kerana pengajaran kitab
turath kandungannya secara terus dan satu persatu.
Akhir
sekali, kitab turath penting dalam menghalang dan menjauhkan umat islam dari
pandangan-pandangan ataupun teori-teori dan falsafah ilmu moden mahupun ilmu
barat yang bercanggah dengan pegangan Islam.
No comments:
Post a Comment