Penulis : Wan Muhammad
Hafizuddin Bin Wan Radzmi
No Siri : 107
No Matrik : 14021222
Pembangunan
di negara kita semakin hari semakin maju dan pesat. Banyak kilang
perindustrian, pusat beli-belah dan rumah dibina yang menggunakan ruang yang
luas sehingga memakan tanah yang berhektar-hektar. Antara isu yang hangat yang
telah dibincangkan di kedai kopi sehingga sidang di Dewan Parlimen mutakhir ini
ialah isu meruntuhkan bangunan bersejarah. Walaubagaimanapun perbincangan ini
telah pun dibuat keputusan muktamad untuk tidak meruntuhkan bangunan tersebut. Sebenarnya,
terdapat pelbagai kepentingannya kita perlu mengekalkan bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita.
Satu daripada
kepentingan bangunan bersejarah perlu dikekalkan ialah bangunan bersejarah atau
monumen dapat dijadikan sebagai bukti yang kukuh kepada sesuatu era atau
peristiwa sejarah yang telah berlaku. Contohnya Kota Cornwallis, Masjid Kling,
Gereja St.George di Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali
detik-detik sejarah negara yang pernah suatu masa dahulu dijajah dan juga dapat
membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di Semenanjung
Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.
Pendapat
sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bangunan bersejarah perlu diruntuhkan
adalah tidak berasas kerana bangunan bersejarah dan monumen lama dapat
memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat terutamanya remaja kini yang
mempunyai semangat patriotisme yang semakin menipis. Sebagai contohnya, Kota A
Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina
oleh Portugis setelah mereka berjaya
menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. Penaklukan ini terjadi kerana
terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepemimpinan dan juga kelemahan
tentera yang mengawal Melaka.
Bukan itu
sahaja, dari sudut pelancongan pula, bangunan bersejarah dan monumen dapat
menarik pelancong baik pelancong tempatan mahupun pelancong dari luar negara
untuk melawat ke negara kita. Bangunan ini juga menjadi salah satu faktor
dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan Menara Berkembar
Petronas. Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak langsung dapat
membantu industri pelancongan negara.
Kesimpulannya,
bangunan bersejarah amat penting dalam pembentukan minda generasi muda negara
terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara. Bangunan dan
monumen yang bersejarah merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi.. Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang
merobohkan atau memusnahkan bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan
tindakan undang-undang.
No comments:
Post a Comment