Friday, February 10, 2017

SAYANGILAH KESIHATAN ANDA!!!

NAMA : NOOR HIDAYAH BINTI MOHAMAD NAWAWI
NO. MATRIK : 14021121
NO. SIRI : 069

Terdapat banyak penyakit yang menyerang kita secara diam . Salah satunya sakit buah pinggang . Jika tidak dibuat pemeriksaan kesihatan secara berkala , penyakit ini hanya diketahui apabila ia sudah ke tahap kronik . Buah pinggang atau ginjal adalah satu organ yang terletak disisi belakang sebelah bawah , betul-betul di bawah tulang rusuk . Fungsi buang pinggang adalah untuk mengeluarkan bahan buangan daripada darah dan juga mengawal jumlah cecair di dalam badan . Kegagalan mengeluarkan bahan buangan dan juga air kencing dari badan boleh menyebabkan kita menghidap penyakit buah pinggang dan pundi kencing .Pesakit yang menjalani rawatan dialisis secara kekal di Malaysia saban hari meningkat . Bilangan ini menjadi satu kerisauan kerana penyakit ini turut membabitkan beberapa factor lai seperti kencing manis , darah tinggi , pengambilan ubat tanpa sukatan yang betul selain jangkitan kuman . Oleh itu , jagalah buah pinggang seawal usia kerana ia organ kurnia Tuhan yang tidak ternilai .

AMALKAN PEMAKANAN YANG SEIMBANG …


Masalah buah pinggang timbul akibat daripada tabiat makanan yang tidak terkawal . Oleh itu , tabiat makan yang sederhana perlu diamalkan untuk mengawal berat badan dan tekanan darah . Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan pemakanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak . Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan membolehkan system badan dineutrakan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbangkan kepada kesihatan yang baik . 

No comments:

Post a Comment

Pemenang anugerah "Most Entertaining Blog" di Malaysia Social Media Week 2016 (MSMW)
yang telah diadakan di GlassHouse @ Seputeh, Kuala Lumpur.

Comments

Contact Us

Name

Email *

Message *